1 Jam Tangkap Ular Sawa Seberat 100kg!!!

1 Jam Tangkap Ular Sawa Seberat 100kg!!!

0
SHARE

KUANTAN, PAHANG – Pasukan bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa kira-kira satu jam untuk menangkap seekor ular sawa yang ditemui dalam keadaan cedera dipercayai akibat dilanggar kereta di Jalan Penor-Ubai awal pagi semalam.

Ular sawa besar sepanjang 23 kaki dengan anggaran berat lebih 100 kilogram itu ditemui oleh seorang pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan pada pukul 2 pagi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harun berkata, seramai lima anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan daripada orang awam.

‚ÄúSebaik pasukan kami tiba, mereka dapat melihat seekor ular sawa sedang menjalar di kawasan padang berdekatan jalan raya…

“Selepas diperiksa, pasukan mendapati reptilia itu mengalami kecederaan akibat dilanggar kereta ketika melalui jalan raya berkenaan,” katanya.

Tambahnya, lima anggota bomba terpaksa mengambil masa hampir satu jam untuk menangkap dan membawa pulang ular sawa itu memandangkan saiz yang agak besar selain agresif.

Pihaknya kemudian menyerahkan ular tersebut kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut.