“10 Year Challenge” Dicipta Untuk Kumpul Data Pengecaman Wajah Pada Masa Hadapan

“10 Year Challenge” Dicipta Untuk Kumpul Data Pengecaman Wajah Pada Masa Hadapan

0
SHARE

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Trend terkini yang semakin rancak dilakukan oleh majoriti pengguna laman media sosial Facebook khususnya iaitu “10 Year Challenge” yang dipercayai dicipta untuk mengumpulkan sejumlah besar data bagi perisian pengecaman wajah pada masa hadapan.

Hal ini dipetik melalui kenyataan seorang penulis teknologi seperti laporan portal berita CTV News pada hari kelmarin.

Bermula 1 Januari yang lalu, cabaran tersebut melonjak popular secara mendadak di mana meminta para pengguna media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter untuk memuat naik gambar mereka sebelah menyebelah bagi menunjukkan perbandingan wajah mereka sekarang berbanding 10 tahun yang lalu.

Walaupun cabaran itu kelihatan tidak mengundang bahaya, penulis teknologi dan penasihat Fortune 500, Kate O’Neill menyatakan dalam komennya di Twitter kelmarin bahawa “10 Year Challenge” mungkin diwujudkan bagi melatih algoritma kecerdasan buatan (AI) mengecam wajah dan pro­ses penuaan manusia.

“Anda mahukan pangkalan data yang luas dan menyeluruh serta sarat dengan gambar orang ramai. Ia juga banyak membantu jika imej tersebut adalah dalam se­lang masa tertentu seperti 10 tahun,” katanya.