1,000 Keluarga Mangsa Palestin Dijemput Oleh Raja Salman Untuk Mengerjakan Haji

1,000 Keluarga Mangsa Palestin Dijemput Oleh Raja Salman Untuk Mengerjakan Haji

0
SHARE
Raja Salman...

JEDDAH, ARAB SAUDI – Seramai 1,000 anggota keluarga mangsa Palestin yang terkorban menentang rejim Zionis telah dijemput oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengerjakan Haji bulan depan.

Memetik laporan media tempatan, keluarga mangsa Palestin yang terlibat adalah sebahagian daripada Program Tetamu Haji dan Umrah Raja Salman.

Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Petunjuk Arab Saudi, Sheikh Abdullatif Al-Asheikh yang dipetik laporan Saudi Press Agency menyuarakan penghargaannya di atas kemurahan Raja Salman terhadap Palestin dan rakyatnya.

Al-Asheikh berkata, kementeriannya bertindak pantas melaksanakan arahan itu dengan mengikuti proses kunjungan jemaah menerusi kedutaannya di Jordan dan Mesir.

Kementerian juga akan memuktamadkan semua prosedur diperlukan untuk kunjungan ke Arab Saudi dengan penerbangan persendirian dan menawarkan perkhidmatan untuk membantu mereka menunaikan Haji.