PRU14: Manifesto Akan Dilaksanakan Sepenuhnya Jika BN Memerintah Lagi

PRU14: Manifesto Akan Dilaksanakan Sepenuhnya Jika BN Memerintah Lagi

0
SHARE
Sumber Foto; Suara TV

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini bakal menjadi penentu kepada nasib negara ini dan akan meletakkan Barisan Nasional (BN) di satu persimpangan pemutus.

Ini adalah kerana hidup mati BN bergantung di atas tangan lebih daripada 14.8 juta pengundi yang akan menentukan kepimpinan negara dan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.

Merujuk kepada perkara ini, kita sebagai pengundi harus bijak menilai dengan sewajar-wajarnya terhadap sekian banyak usaha yang dilakukan oleh Kerajaan BN berasaskan track-record mentadbir negara sejak enam dekad lalu.

Terutama sekali semenjak sembilan tahun lalu, BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak memaparkan pencapaian cemerlang sehingga ke persada dunia melalui program transformasi dan prestasi ekonomi kian stabil.

Secara praktikalnya, semua janji dan dasar yang BN kemukakan mampu dilaksanakan dalam tempoh lima tahun tahun sebagaimana yang telah dibuktikan untuk manifesto PRU13 yang lalu.

Lihat sahaja usaha menerusi sektor pengangkutan awam serta infrastruktur lain, perumahan mampu milik dan perkhidmatan kesihatan yang memperuntukkan pelaburan yang begitu besar jumlahnya namun terbukti 99 peratus janji  dalam PRU13 yang lalu telah ditunaikan.

Berbeza dengan ‘janji’ yang dibawa Pakatan Harapan yang memerintah Selangor dan Pulau Pinang telah pun terbukti tidak melaksanakan apa yang tersenarai dalam menifesto terdahulu.

Tentulah tindakan yang kurang bijak bagi mana-mana rakyat untuk terus mempercayai parti pembangkang itu kali ini.

Buat seluruh rakyat Malaysia, di sini ditampilkan kembali beberapa dasar dan manifesto akur janji penting yang akan dilaksanakan sepenuhnya sekiranya BN kembali mendapat mandat rakyat untuk memerintah semula negara.

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) AKAN DINAIKKAN.

Dalam membantu rakyat mendepani kos sara hidup, dua kategori baharu penerima BR1M diperkenalkan BN bagi membantu rakyat mendepani kos sara hidup.

Sementara itu tiga kategori sedia ada untuk isi rumah berpedapatan dibawah RM3,000 ke bawah, RM4,000 ke bawah dan individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, ditingkatkan.

Dua kategori baharu itu adalah untuk isi rumah yang berpendapatan RM4,000 hingga RM5,000 bakal menerima RM700.

Satu lagi, bantuan sekali sebanyak RM1,500 yang diberi kepada anak penerima BR1M yang dapat melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi

Sementara itu individu bujang yang berpendapatan RM2,000 ke bawah, kadar BR1M ditambah RM150 kepada RM600, berbanding RM460 sebelum ini.

‘DURIAN RUNTUH’ BUAT PENJAWAT AWAN DAN PESARA.

Kenaikan satu tangga gaji tahunan (KGT) untuk lebih 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara, berkuat kuasa 1 Julai depan.

Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat tambahan satu lagi KGT disamping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi tahun 2018.

Kerajaan juga akan  memendekkan tempoh kenaikan pangkat berasaskan ‘time based’ kepada kakitangan kumpulan pelaksana daripada 13 tahun kepada 10 tahun berkuat kuasa 1 Januari 2018.

Lapisan kenaikan pangkat Gred 56 bagi Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan khusus akan diwujudkan bagi pegawai yang berada lebih lima tahun di Gred 54.

Selain itu kemudahan perubatan kepada ibu bapa bagi pegawai lantikan kontrak dan memberi faedah kepada 42,867 pegawai, berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Malah sumbangan dana berjumlah RM3 juta setiap tahun akan disalurkan pada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Kerajaan akan memanjangkan kemudahan cuti tanpa rekod selama tujuh hari maksimum bagi tujuan umrah kepada penjawat awam beragama Islam, berkuat kuasa 1 Januari 2018.

Ini juga turut meliputi penjawat awam bukan beragama Islam yang akan diberikan imbuhan sama bagi menunaikan aktiviti keagamaan masing-masing.

TIGA BERITA GEMBIRA BUAT GOLONGAN PESARA.

Satu peratus lagi kenaikan kadar pencen secara one-off mulai 1 Julai 2018 sehingga 31 Disember 2018, sebagai tambahan kepada dua peratus yang diterima oleh pesara pada 1 Januari 2018,

Geran khas masing-masing RM1 juta kepada Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia; Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia dan Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia (KUPEKMAS) bagi menganjurkan aktiviti persatuan dan kelab.

Penatapan satu kuota khas kepada pesara kerajaan sejurus mendapat kuota diperuntukkan kepada Malaysia oleh Kerajaan Arab Saudi.

BONUS TIGA BULAN BUAT PENJAWAT AWAM SELANGOR.

Kerajaan akan memberikan bonus tiga bulan gaji kepada penjawat awam di Selangor sekiranya BN berjaya mengambil alih Selangor dalam PRU ini. Pelaksanaan pembayaran itu akan dilakukan melalui Belanjauan 2019 ini

INISIATIF ‘DOMPET RAKYAT’.

Peningkatan gaji minimum pekerja secara berperingkat kepada sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan dalam tempoh lima tahun, berbanding RM1,000 sebelum ini.

Melaluinya, kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Kerja Saksama untuk menentukan paras gaji pekerja sektor swasta supaya lebih setimpal dan menyediakan lebih banyak insentif, elaun dan manfaat kesihatan bagi pekerja di bawah syarikat GLC.

Selain itu ‘Dompet Rakyat juga akan memberikan beberapa insiatif lain iaitu;

  • Menurunkan had maksimum kadar faedah dan caj lewat bayar kad kredit.
  • Meminda Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan bagi meluaskan kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
  • Mentransformasi sektor pertanian ke arah industri berpendapatan tinggi dengan menggunakan teknologi terkini.
  • Pemanjangan tempoh pelepasan cukai pendapatan kepada ibu bapa pemilik akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
  • Bantuan Khas sebanyak RM600 setahun kepada veteran ATM berusia 60 tahun ke atas yang tidak menerima pencen dan BR1M
  • Menstruktur semula bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan

TAMBAHAN LAGI 3 JUTA PELUANG PEKERJAAN BAHARU. 

Dengan mempercepatkan pembangunan Malaysian Vision Midvalley yang dijangkakan membuka 1.3 juta peluang pekerjaan dan 10,000 peluang pekerjaan dalam keusahawanan sosial melalui syarikat GLC.

– MYNEWSHUB.CC