12 Lagu Layak Ke Peringkat Akhir AJL Ke-32

12 Lagu Layak Ke Peringkat Akhir AJL Ke-32

0
SHARE

SHAH ALAM – Selepas┬ápersaingan sengit selama tiga minggu, 12 lagu mara ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-32 yang bakal berlangsung Februari depan.

Keputusan itu diumumkan gandingan pengacara Sherry Al Hadad dan Hefny Sahad pada pentas minggu terakhir Semi Final Muzik Muzik 32 (SFMM32) di Sri Pentas 2, Shah Alam, malam tadi.

Lagu yang layak untuk bersaing di Peringkat Akhir AJL32;

Tergantung Sepi – Haqiem Rusli

Jampi – Hael Husaini

Sejati – Azmi & Caliph Buskers

Separuh Matiku Bercinta – Dayang Nurfaizah

Amboi – Altimet

Lebih Sempurna – Syamel

Aku Yang Sebenar – Hazama

Akhiri Cinta – Salma

Menahan Rindu – Wany Hasrita

Aku Cinta – Syamel dan Ernie Zakri

Bayang – Khai Bahar

Warkah Untukku – Ara

Pemilihan lagu ke final dinilai sepenuhnya barisan juri profesional diketuai Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri, AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY dan Pak Ngah.

Sebanyak 30 lagu bersaing di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM32) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, pada 29 Oktober, 5 dan 11 November lalu.

Pentas Minggu Terakhir SFMM32 turut dihangatkan dengan persembahan kumpulan 6ixth Sense (Tanpa & Khatimah Cinta), Bunkface dan Tam Spider (Relaku Pujuk, Situasi, Aladdin, Revolusi).

Pentas minggu terakhir SFMM32 disiarkan secara langsung di portal video tonton (www.tonton.com.my) dan youtube @TV3Malaysia.