13 Kampung Di Penampang Terjejas Banjir

13 Kampung Di Penampang Terjejas Banjir

0
SHARE
ANTARA kawasan yang terjejas banjir di Penampang...

KOTA KINABALU, SABAH – Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Sabah, 13 buah kampung di Penampang terjejas oleh kejadian banjir kilat yang melanda beberapa daerah sejak Khamis lepas, dengan Pantai Barat paling teruk terjejas.

Kampung-kampung terbabit termasuk Kg Putatan Inobong, Kg Tanaki, Kg Kolopis, Kg Tuavon, Kg Inobong Putaton Bansadon, Kg Penampang Proper, Kg Dabak, Kg Kasigui, Kg Babah, Kg Sugud, Kg Kibabaig, Kg Babagon dan Kg Nambazan.

Ia berkata tiga keluarga terpaksa tinggal di pusat pemindahan sementara di Pusat Kebudayaan Penampang ketika banjir itu. Jawatankuasa itu juga mendedahkan bahawa sekitar jam 4 petang pada Jumaat, paras air di Sungai Moyog telah surut kepada 8.80 meter berbanding 9.12 meter pada malam sebelumnya.

Sementara itu, menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Belud, sekitar jam 9.50 pagi pada hari sama, paras Sungai Abai telah surut kepada 5.17 meter berbanding 5.78 meter sebelum ini, sementara Sungai Kadamaian berada pada paras biasa iaitu 0.89 meter.

Angkatan itu berkata kebanyakan jalan di Kota Belud kini boleh dilalui oleh kenderaan termasuk Jalan Kg Bobot, Jalan Siasai Tamu, Jalan Kg Menunggui, Jalan Linau, Jalan Kg Kota Belud, Jalan Lebak Moyoh Bypass Kudat dan Jalan Kg Keranjangan.

Dalam pada itu, ia berkata Jalan Kg Lingkodon menghala ke to Kg Donggoi/ Marajah masih belum boleh dilalui kenderaan sekitar jam 9.50 pagi pada Jumaat. Pengguna-pengguna jalan dinasihati menggunakan Jalan Kg Piasau – Jalan Kg Tambulion sebagai jalan alternatif.