Spesies Ikan Baharu ‘Wakanda’ Ditemui Di Sydney

Spesies Ikan Baharu ‘Wakanda’ Ditemui Di Sydney

0
SHARE
Spesies ikan baharu, Wakanda...

SYDNEY, AUSTRALIA – Spesies ikan baharu ‘Wakanda’ yang mempunyai kepanjangan 6 sentimeter dengan sisik berwarna ungu gelap ditemui oleh seorang saintis pada kedalaman lebih 60 meter dari permukaan laut di perairan Tanzania.

Memetik laporan akhbar Daily Mail, nama Wakanda bagi spesies ikan baharu itu adalah sempena negara fiksyen dalam komik Marvel dan filem adi wira, Black Panther.

Ia ditemui oleh beberapa saintis dari Akademi Sains California baru-baru ini, manakala penemuannya disahkan dengan bantuan pakar taksonomi Universiti Sydney, Yi-Kai Tea.

Menurut Tea, ikan itu ditemui di kawasan terumbu karang laut dalam. Kawasan tersebut di timur Zanzibar dikenali sebagai ‘twilight zone’ kerana menerima cahaya matahari yang sedikit.

“Apabila kami memikirkan tentang kawasan terumbu terpencil yang tidak diterokai di Afrika ini, kami tahu kami perlu menamakan spesies baharu itu sempena Wakanda,” katanya.

Jelas Tea, sebuah mikroskop digunakan untuk memeriksa sisik, sirip dan tulang ikan itu untuk membezakannya dengan tujuh spesies lain dalam kumpulan ikan sama yang mendiami Lautan Hindi dan Pasifik.

Zon tengah di dalam lautan di Bumi dikenali sebagai ‘twilight zone’ dan menerima hanya sedikit cahaya matahari pada waktu siang.

Ia biasanya terletak pada kedalaman antara 200 hingga 1,000 meter dari permukaan laut.