Neymar Jr. Bebas Tuduhan Rogol Seorang Model

Neymar Jr. Bebas Tuduhan Rogol Seorang Model

0
SHARE

SAO PAULO, BRAZIL – Penyerang sensasi dalam pasukan bola sepak Brazil, Neymar da Silva Santos Júnior atau lebih dikenali Neymar Jr. sah bebas tuduhan rogol seorang model selepas pendakwaraya Brazil menggugurkan dakwaan kes rogol yang dihadapinya semalam.

Pemain Paris St Germain itu dituduh merogol seorang model dalam sebuah bilik di sebuah hotel di Paris namun siasatan mendapati ia kekurangan bukti.

“Hanya terdapat hubungan mesra saja,” kata seorang pegawai pendakwaraya, Estefania Paulin, kepada wartawan di Sao Paulo.

“Tidak ada bukti berlaku keganasan seks.”

Pihak kehakiman mengeluarkan keputusan mengenai kes itu selepas polis yang menyiasat tuduhan itu mendapati tada perlakuan keatas mangsa dan keluarga Neymar menyambut baik keputusan berkenaan.

“Satu langi langkah telah terlaksana, yang paling besar dan begitu bermakna sekali sepanjang perjalanan kes yang begitu getir yang menyaksikan kami sekeluarga hidup dalam kebimbangan beberapa bulan,” kata Neymar yang dipetik Reuters.

“Nak, marilah kita teruskan hidup ini dan jagalah maruah dengan perasaan yang tenang dan damai sebagai orang yang terbukti tidak bersalah.”

Kes Neymar itu mendapat perhatian seluruh dunia sejak Mei sejurus seorang model membuat aduan yang mendakwa bekas penyerang Barcelona dan kelab Santos itu memperkosanya dalam sebuah bilik hotel ketika mereka bertemu di Paris dan kemudian tersebar di media sosial.

Neymar menafikan tuduhan itu dengan menyebarkan mesej peribadi dan gambar-gambar menerusi medium sama sebagai mempertahankan diri.

Namun, Neymar masih berdepan satu lagi siasatan berhubung tuduhan kes jenayah menyebarkan bahan foto lucah menerusi internet.