4 Penjenayah Etnik Rohinya Terbunuh Dalam Insiden Tembak Menembak Dengan Polis Bangladesh

4 Penjenayah Etnik Rohinya Terbunuh Dalam Insiden Tembak Menembak Dengan Polis Bangladesh

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

DHAKA, BANGLADESH – Polis Bangladesh tembak mati empat (4) penjenayah lelaki etnik Rohingya dalam satu insiden tembak-menembak berhampiran kem pelarian di Bangladesh kelmarin.

Pegawai polis, Iqbal Hossain yang dipetik portal berita tempatan Bangladesd berkata bahawa kes tembakan sekitar tengah hari itu berlaku selepas polis melakukan serbuan di sebuah lokasi persembunyian suspek di Hoaikyong di Cox’s Bazar, selepas mendapat maklumat.

“Suspek menyedari kehadiran pihak berkuasa dan melepaskan tembakan yang kemudiannya dibalas oleh polis. Empat suspek maut dalam pertempuran lebih sejam itu,” katanya.

Menurut sumber ketua polis daerah, Masud Hossain, mengesahkan penjenayah yang terbunuh berasal daripada kumpulan etnik Rohingya dari Myanmar yang ditempatkan di kem pelarian itu.

“Kumpulan ini adalah penjenayah terancang dan didakwa melakukan banyak kes jenayah termasuk pembunuhan, rompakan dan penyeludupan dadah di dalam dan luar kem ini.

“Polis juga menemui empat laras senapang, 20 butir peluru serta 40,000 pil yaba atau ecstacy di lokasi kejadian. Yaba adalah dadah campuran methamphetamine dan kafein yang banyak diseludup ke Bangladesh dari Myanmar,” katanya.

Bangladesh ketika ini menempatkan lebih sejuta etnik Rohingya di 32 kem pelarian di kawasan bersempadan dengan Myanmar.

Kebanyakan mereka iaitu hampir 750,000 orang, menyeberang sempadan selepas kerajaan Myanmar melancarkan siri serangan terhadap etnik minoriti itu pada Ogos 2017.

Mac lalu, tujuh suspek penjenayah terbunuh dalam pertempuran senjata api dengan Rapid Action Battalion, iaitu unit khas polis Bangladesh, berhampiran sebuah kem pelarian di daerah kecil, Teknaf.