40 Inisiatif Kerajaan Di Bawah PENJANA Bernilai RM35 Bilion

40 Inisiatif Kerajaan Di Bawah PENJANA Bernilai RM35 Bilion

0
SHARE
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA yang mengandungi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion untuk membantu usaha pemulihan ekonomi negara yang terjejas akibat wabak COVID-19...

KUALA LUMPUR – Melalui pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, berikut merupakan 40 inisiatif kerajaan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bernilai RM35 bilion;

MEMPERKASAKAN RAKYAT:

1. Program Subsidi Upah – RM5 bilion

2. Menaik Taraf Portal Perkhidmatan Pekerjaan Negara – memberi manfaat kepada 50,000 penganggur

3. Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan – RM1.5 bilion

4. Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran – RM2 bilion

5. Perlindungan Sosial dan Latihan bagi Pekerja Ekonomi Gig – RM75 juta

6. Insentif Pengaturan Kerja Fleksibel – RM800 juta

7. Subsidi Penjagaan Anak – RM200 juta

8. Subsidi Pengangkutan Awam MY30 – RM200 juta

9. Bantuan Sosial bagi Golongan Mudah Terjejas – RM108 juta

10. Skim Kesihatan PEKA B40 – RM50 juta

11. Perkhidmatan Internet untuk Pembelajaran dan Peningkatan Produktiviti – RM3 bilion

MELONJAKKAN PERNIAGAAN:

12. Kempen E-Dagang kepada Perusahaan Mikro dan PKS – RM70 juta

13. “Shop Malaysia Online” bagi Penggunaan Dalam Talian – RM70 juta

14. Penggunaan Teknikal dan Digital bagi PKS dan Syarikat di Peringkat Pertengahan – RM700 juta

15. Pusat Sehenti MyAssist SME – RM5 juta

16. Pembiayaan PKS PENJANA – RM2 bilion

17. Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA – RM1 bilion

18. Pembiayaan Mikrokredit PENJANA – RM400 juta

19. Pembiayaan Mudah Bumiputera – RM500 juta

20. Skim SME Go bagi Membantu Aliran Tunai PKS – RM1.6 bilion

21. Mempercepat Pembayaran untuk Rangkaian bekalan GLC dan Syarikat Korporat – untuk memberi manfaat kepada syarikat dalam rantaian bekalan GLC terpilih dan syarikat besar

22. Potongan Cukai untuk Perbelanjaan berkaitan COVID-19 – RM600 juta

23. Sokongan untuk Meringankan beban Kewangan Perniagaan – RM2.4 bilion

24. Melonjakkan Perusahaan Sosial – RM10 juta

25. Memacu Penubuhan Perniagaan Baharu – RM300 juta

MERANGSANG EKONOMI:

26. Dana PENJANA Nasional – RM1.2 bilion

27. National Technology and Innovation Sandbox – RM100 juta

28. Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan – RM20 juta

29. Kempen beli Barangan Buatan Malaysia – RM20 juta

30. ePENJANA – RM750 juta

31. Insentif bagi Sektor Hartanah – RM1 bilion

32. Insentif Cukai untuk Pembelian Kereta – RM897 juta

33. Pelanjutan Waktu Perkhidmatan dalam Normal Baharu – RM20 juta

34. Malaysia Sebagai Destinasi Pelaburan Pilihan – RM50 juta

35. Sokongan Sektor Pelancongan – RM1.8 bilion

36. Sokongan bagi Sektor Seni, Budaya dan Hiburan – RM225 juta

37. Sokongan Sektor Pertanian dan Makanan – RM400 juta

38. Sokongan Sektor Komoditi – RM200 juta

39. Rang Undang-Undang COVID-19 (Langkah Sementara) – untuk memberi manfaat kepada pengilang dan penyewa

40. Sukuk Prihatin – RM500 juta