9 Pelajar Ditahan Akibat Pukul, Sepak Ketika Sambut Hari Lahir

9 Pelajar Ditahan Akibat Pukul, Sepak Ketika Sambut Hari Lahir

0
SHARE

SHAH ALAM – Seramai sembilan pelajar sebuah sekolah menengah di sini ditahan berhubung penularan sebuah video memukul seorang pelajar ketika sambutan hari lahir di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, penangkapan mereka hasil laporan polis dilakukan oleh mangsa di Balai Polis Seksyen 9 kelmarin.

“Kesemua yang ditahan merupakan pelajar tingkatan lima berusia 17 tahun.

“Penahanan mereka dilakukan pukul 11.30 pagi di hadapan sekolah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau menambah, mereka bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 4.45 petang setelah selesai siasatan dilakukan pihak polis.

Jelas Fadzil, kertas siasatan akan dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri untuk arahan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sebelum ini, sebuah video berdurasi 29 saat itu tular di laman sosial Facebook yang memaparkan lapan pelajar lelaki termasuk seorang yang kelihatan sebagai pengawas menyepak dan memukul rakan sekelas mereka menggunakan sebatang penyapu selepas dipaksa menyanyikan lagu Happy Birthday.