Abang Jo Umum Sekat Rakyat China Masuk Ke Sarawak

Abang Jo Umum Sekat Rakyat China Masuk Ke Sarawak

0
SHARE
Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg...

BINTULU, SARAWAK – Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam satu kenyataannya semalam mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak ambil serius masalah penularan wabak  ‘Koronavirus’ dengan mengambil langkah menyekat kemasukan rakyat China ke negeri itu.

Keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas…

“Penyakit koronavirus tidak hanya di Hubei, sekarang telah merebak di tempat lain di negara China…

“Kita terpaksa buat membuat keputusan sama seperti di tempat lain untuk tidak benarkan mereka datang ke Sarawak ketika ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parti Demokratik Progresif (PDP) di Dewan Suarah Bintulu.

Sebanyak lapan kes disyaki ‘Koronavirus’ telah dikesan di Sarawak, namun enam daripadanya disahkan negatif manakala dua lagi masih menunggu laporan ujian makmal.

Mengulas lanjut mengenai nasib pelajar Sarawak yang berada di China, Abang Johari berkata, kerajaan negeri sedang berusaha untuk bawa mereka pulang.

“Kita sekarang memantau rakyat Sarawak yang ada di China dengan kerjasama kedutaan kita di Beijing…

“Mereka akan ditempatkan di satu tempat kuarantin dan jabatan kesihatan telah kenal pasti bangunan yang akan kita gunakan sebagai tempat kuarantin,” katanya.

Bagaimanapun, kerajaan negeri tidak dapat mengenal pasti jumlah sebenar rakyat Sarawak yang berada di China ketika ini.