Adik Lokman Noor Adam Direman Berkaitan Kes Hasutan

Adik Lokman Noor Adam Direman Berkaitan Kes Hasutan

0
SHARE
Azman Noor Adam...

SHAH ALAM, SELANGOR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengesahkan adiknya, Azman, direman berkaitan kes hasutan.

Menurut beliau yang dipetik Sinar Harian, penahanan tersebut dibuat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

“Saya bersetuju bahawa adik saya tidak sepatutnya mengongsikan ’posting’ kenalan Facebooknya mengandungi gambar seorang budak menghalakan punggungnya ke arah wajah Tun Mahathir yang muncul di kaca televisyen. Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab individu tersebut, sama seperti saya mengutuk penyokong Bersih yang melakukan perkara sama terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

“Sungguhpun begitu, tidak pula kita dengar penyokong Bersih tersebut ditahan jam 3.00 pagi di bawah Akta Hasutan, kenapa ya?,” katanya dalam satu kenyataan.

Datuk Lokman Noor Adam…

Lokman turut mempersoalkan mengenai penggunaan Akta Hasutan yang sebelum ini ditentang oleh PH.

“Sebelum pilihan raya, Akta Hasutan mahu dihapuskan. Kini ia menjadi senjata utama mereka…

“Tidak cukup saya, adik saya pula jadi mangsa?,” soalnya.