Adrian Wira Liverpool Dalam Merangkul Juara Piala Super UEFA 2019

Adrian Wira Liverpool Dalam Merangkul Juara Piala Super UEFA 2019

0
SHARE

ISTANBUL, TURKI – Liverpool berjaya menjulang Piala Super UEFA hari ni selepas menewaskan Chelsea 5-4 melalui penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 2-2.

Sadio Mane muncul wira Liverpool dalam tempoh permainan sebenar apabila memadamkan kelebihan Chelsea hasil jaringan Olivier Giroud untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Kemudian Mane meletakkan skuad kendalian Jurgen Klopp di depan pada minit ke-95 sebelum pengadil wanita Stephanie Frappart memberikan sepakan penalti kepada Chelsea selepas Abraham dijatuhkan Adrian. Jorginho menyempurnakan sepakan untuk mengikat Liverpool 2-2.

Walaubagaimanapun, penentuan sepakan penalti bagu kedua-dua pasukan menjadikan penjaga gol simpanan, Adrian yang baru 10 hari bersama The Reds muncul wira Liverpool hanya 10 hari selepas menyertai juara Eropah itu apabila menyelamatkan sepakan penalti Tammy Abraham sekaligus mengesahkan kejuaran milik pasukan kendalian Jürgen Norbert Klopp tersebut.

Ia adalah kemenangan keempat Liverpool dalam pertandingan ini, kali terakhir pada tahun 2005  selepas kejayaan Liga Juara-Juara sebelumnya, juga di Istanbul.

Kini mereka sudah mengumpul 13 kejuaraan Eropah, dan mengharapkan untuk kembali ke Istanbul bagi aksi final Liga Juara-Juara musim ini.

Bagi Chelsea yang beraksi selaku juara Liga Europa, ini kekalahan kedua berturut-turut selepas dimalukan 4-0 oleh Manchester United dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu.