Akademi HDU Drone Sasar Melatih 800 Juruterbang Drone Di Sarawak

Akademi HDU Drone Sasar Melatih 800 Juruterbang Drone Di Sarawak

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KUCHING, SARAWAK – Akademi HDU Drone Sdn Bhd yang berpangkalan di Sarawak menyasarkan untuk melatih 800 juruterbang drone di agensi-agensi kerajaan di seluruh negeri untuk membolehkan mereka mempunyai lesen mengendali drone.

Pemeriksa penerbangannya, Alasdair Garrick berkata adalah penting untuk memiliki lesen drone yang diperakui oleh pihak berkuasa kerana penerbangan tanpa lesen yang sah boleh menyebabkan individu atau korporat menghadapi pendakwaan.

“Permintaan untuk pengendali drone profesional dalam Revolusi Industri 4.0 adalah tinggi di semua sektor dan semua juruterbang dilindungi insurans untuk mengehadkan liabiliti kewangan kerajaan jika berlaku kemalangan semasa mengendali penerbangan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

HDU adalah satu-satunya akademi drone di Sarawak yang menyediakan latihan bagi Autonomous Aerial Vehicle (UAV) dan Unmanned Autonomous Systems (UAS) komersial untuk juruterbang serta pengendali drone dan diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Akademi HDU Drone kemudian menandatangani Memorandum Perjanjian dengan Petrosar untuk berkongsi kepakaran mengenai kursus drone dari aspek teknikal.

– BERNAMA