Akibat Mabuk, Seorang Bapa Tidak Sengaja Rogol Anak Tirinya

Akibat Mabuk, Seorang Bapa Tidak Sengaja Rogol Anak Tirinya

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Hukuman penjara Seorang lelaki tempatan ditambah daripada 15 tahun menjadi 25 tahun serta sepuluh sebatan, atas kesalahan merogol anak tirinya yang baharu berusia lapan tahun.

Dalam penghakiman itu, mahkamah meningkatkan hukuman itu setelah membenarkan rayuan daripada pihak pendakwaan yang menentang keputusan mahkamah rendah.

Pada 21 Februari, responden mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan dikenakan penjara 15 tahun dan sepuluh sebatan, serta bermula dari tarikh tangkap.

Tamat menjalani hukuman itu, Mahkamah Sesyen memerintah responden berada dalam pengawasan polis selama tempoh dua tahun.

Responden didapati melakukan kesalahan itu pada 13 September tahun lalu jam 9 pagi di sebuah rumah kampung, di daerah Sipitang.

Dalam hujah Timbalan Pendakwaraya Husna Abd Halim, beliau memohon mahkamah mempertimbangkan hubungan antara responden dan mangsa, anak tiri dan bapa tiri.

Menurutnya, mahkamah rendah terlalu bersimpati dengan rayuan responden sehingga gagal menyeimbangkan antara kepentingan awam dan responden.

Lelaki berusia 30 tahuan itu memberitahu Hakim Nurchaya Hj Arshad bahawa dia ‘tidak sengaja’ merogol anak tirinya yang berusia lapan tahun kerana dia mabuk.

Hakim menegaskan tindakan lelaki itu bukan sahaja telah merosakkan gadis muda itu tetpi mencederakannya juga. Dia juga menegaskan bahawa lelaki itu tidak boleh menyalahkan alkohol kerana dia adalah orang yang meminumnya.

“Saya merogolnya tetapi ia tidak disengajakan. Saya mabuk. Ini kali pertama saya meminum alkohol jadi saya tidak terbiasa dengannya.

“Selepas minum di luar dengan rakan-rakan saya, saya pulang dan selebihnya saya tidak ingat. Saya tidur dengan isteri saya dan anak tiri saya.

“Ketika saya mendengar anak tiri saya berteriak, saya menyedari apa yang berlaku,” katanya, sambil menambah isterinya pergi ke tandas semasa kejadian itu.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh penangkapan pada 3 Nov 2016.