Aktiviti ‘Vape’ Punca Lima Maut Di Amerika Syarikat

Aktiviti ‘Vape’ Punca Lima Maut Di Amerika Syarikat

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

WASHINGTON, AMERIKA SYARIKAT – Pihak berkuasa di Amerika Syarikat mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya lima orang maut di negara tersebut akibat menghisap rokok elektronik ataupun lebih dikenali sebagai ‘vape’.

Ini kerana, aktiviti menghisap ‘vape’ menjadikannya satu wabak yang menyebabkan ratusan orang menghidapi penyakit paru-paru dan menyebabkan beberapa remaja terpaksa dimasukkan ke hospital.

Pegawai Persekutuan yang dipetik AFP berkata me­nyatakan bahawa tiada bahan tunggal dikesan dalam semua sampel makmal yang dikaji, namun penyiasat di New York memaklumkan tumpuan kini diberikan terhadap produk kanabis rokok elektronik di pasaran gelap yang mengan­dungi minyak vitamin E.

Kelmarin, pihak berkuasa kesihatan di California dan Minnesota mengumumkan dua kematian berkait vape, kedua-dua mangsa berusia dan berada dalam keadaan tidak sihat. Salah seorang pesakit pernah menggunakan produk mengandungi Tetra Hydrocannibol (THC), sebatian yang sinonim dengan kanabis.

Ada lebih 450 kes yang berkemungkinan penyakit paru-paru berkait vape, lebih dua kali ganda angka dilaporkan pada minggu lalu, menurut Pemangku Timbalan Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) bagi penyakit tidak berjangkit, Ileana Arias.

Seorang pakar pulmonari di Carolina Utara, Daniel Fox berkata, pesakit yang diperiksanya menghidap pneumonia tidak berjangkit iaitu pneumonia lipoid, yang boleh berlaku apabila minyak atau bahan mengandungi sebatian organik memasuki paru-paru.

Jabatan kesihatan New York menyatakan, keputusan ujian makmal mendapati ada kandungan tinggi mi­nyak vitamin E dalam kart­rij kanabis digunakan oleh kesemua 34 orang di negeri berkenaan yang jatuh sakit selepas menggunakan rokok elektronik.

Asetat vitamin E lazimnya dimakan sebagai makanan tambahan kesihatan atau disapu pada kulit tetapi berbahaya apabila dihidu.