Aktor Drama ‘Gerak Khas’ Nizen Ayob Meninggal Dunia

Aktor Drama ‘Gerak Khas’ Nizen Ayob Meninggal Dunia

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Pelakon utama drama bersiri ‘Gerak Khas’ iaitu Nizen Ayob dilaporkan telah meninggal dunia pada pukul 11.55 pagi tadi di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Berita pemergian Nizen atau nama sebenarnya Saiful Nizen Mohd Ayob, 32, mula tersebar kepada netizen menerusi laman media sosial Instagram milik rakan aktor, Salina Salibi.

Menurut Salina, Allahyarham disahkan doktor meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

“Allahuakhbar..Sahabat kami Nizen Ayob telah pergi meninggalkan kita sebentar tadi.

“Menurut kakak iparnya, doktor kata buah pinggang telah rosak 50% , koma dan meninggal dunia baru tadi…

“Sekarang jenazah sedang dimandikan di hospital Sultanah Aminah Johor dan akan di bawa pulang ke rumah keluarga Johor Bahru.

“Mari kita sedekahkan Al-Fatihah pada sahabat kami. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,” tulisnya dalam Instagram.

Rakan artis yang juga pelakon iaitu Sheera Iskandar yang terkejut dengan berita itu turut berkongsikan khabar sedih itu di akaun Instagramnya.

Tulisnya di Instagram, ”Innalillahiwainailaihirojiun. Sahabat kami Nizen Ayob baru sahaja pergi menghadap Illahi. Mohon doa dari semua moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman”.

Allahyarham yang berasal dari Johor itu melibatkan diri dalam bidang lakonan dan pernah membintangi drama rantaian Ayuni Safira, Gerak Khas, Ezora, dan Janji Jaslina.