Al-Fatihah, Muhammad Adib Wira Negara Akhirnya Meninggal Dunia

Al-Fatihah, Muhammad Adib Wira Negara Akhirnya Meninggal Dunia

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)yang cedera parah dipukul sekumpulan perusuh ketika berlakunya insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia pada pukul 9.41 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN).

Berita sedih berkenaan wira negara ini disahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata jenazah arwah akan diuruskan di IJN sebelum dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, di sini pagi esok, untuk penghormatan terakhir.

“Selepas itu, jenazah arwah akan dibawa menaiki helikopter untuk dihantar pulang ke kampung halaman di Kedah.

“Jenazah dijangka akan dikebumikan selepas solat Zohor,” katanya pada sidang media di IJN, di sini, hari ini.

Keluarga arwah termasuk ibu bapa dan adiknya berada di sisi Adib dari pagi tadi hingga malam adib menghembuskan nafas terakhirnya…

Difahamkan, atas permintaan keluarga arwah, jenazah akan diuruskan di IJN sebelum dibawa pulang ke Kedah untuk dikebumikan di Kampung Tebengau Tepi Laut, Kuala Kedah di Kedah.

Pada Ahad lalu, IJN dalam kenyataan menjelaskan keadaan kesihatan Muhammad Adib semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lepas.

Selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.

Pihak Malaysia Kini 2.0 mengucapkan takziah kepada kaum keluarga, semoga mereka diberikan kekuatan untuk menempuh hari yang sukar..

Al-Fatihah…