Amat Memalukan!!!, Kutipan 30 Tan Sampah Sempena Program Gotong-Royong Bersihkan Semporna Bukti...

Amat Memalukan!!!, Kutipan 30 Tan Sampah Sempena Program Gotong-Royong Bersihkan Semporna Bukti Shafie Apdal Pemimpin Paling Gagal Dan Patut Letak Jawatan? – Aktivis Alam Sekitar

0
SHARE
Shafie Apdal...

SEMPORNA, SABAH – Kutipan sampah sebanyak 30 tan yang berjaya dikutip di beberapa kawasan daerah Semporna Sabah, sempena program gotong-royong perdana baru-baru ini adalah bukti jelas bahawa Datuk Seri Shafie Apdal telah gagal sepenuhnya memainkan peranan sebagai Ahli Parlimen Semporna yang baik dan berkesan sejak tahun 1995 lagi.

Program sehari gotong-royong perdana di Semporna yang diadakan pada 6 Januari 2019 yang lalu, telah disertai oleh kira-kira 300 penduduk di kawasan Zon 1 dan Zon 2 Kampung Air, Semporna telah berhasil mengutip hampir 30 tan sampah.

Foto ehsan Bes Tawau FM Facebook…

Foto ehsan Bes Tawau FM Facebook…

Ini sekaligus dilihat bahawa tuduhan pelancong dalam dan luar negara sebelum ini bahawa Semporna adalah sebagai daerah yang paling terkotor di bumi Malaysia menunjukkan kebenarannya.

Sebahagian daripada pemerhati politik berkata, masalah daerah Semporna sepatutnya bukan hanya dilihat berkaitan isu sampah-sarap dan kekotoran sahaja, tetapi yang lebih utama adalah ramai penduduk Semporna sebenarnya berada dalam keadaan miskin tegar.

Lebih parah masalah Pendatang Tanpa Izin (PATI) dilihat seakan-akan tidak terkawal, yang telah berlarutan di Semporna sejak sekian lamanya, sebenarnya satu lagi petunjuk prestasi kegagalan Shafie Apdal di Semporna.

Pada November 2018 yang lalu, seorang pelancong luar negara telah memuat naik Video di Youtube yang bertajuk ‘Biggest Shithole In Malaysia’ yang mengelarkan Semporna sebagai sebuah pekan paling kotor di Malaysia, serta dihuni oleh ramai individu yang tidak mempunyai dokumen yang sah (PATI). Kesan kepada Video ini Semporna telah dimalukan dan dikenali di seluruh dunia sebagai daerah terkotor di Malaysia.

Selepas Video memalukan tersebut tular, barulah tindakan berupa kempen pembersihan serta tindakan saman melalui Ops Bersih dan Ops Indah Semporna dikenakan kepada individu yang membuang sampah dengan sengaja dalam masa yang sama sebenarnya banyak lagi kampung-kampung di Semporna mempunyai masalah sampah yang tidak terurus.

Mereka yang gagal membayar denda membuang sampah merata-rata di Semporna, Sabah dihukum mengutip sampah selama sejam dengan memakai rompi ‘monyet’ sempena Ops Bersih & Ops Indah Semporna — Foto ihsan Facebook

Untuk rekod pada 19 januari 2014 lalu, seorang pelancong yang berasal daripada Romania turut memuat naik komen di laman sesawang Travel Advisor yang bertajuk “Don’t go in Semporna, Malaysia, The Kingdom of Dirty! (Jangan pergi Semporna, Raja Segala Kekotoran).

Sebelum ini Catherine Ong, seorang pelancong turut mengulas bahawa masalah sampah-sarap yang tidak terkawal di Semporna bukanlah perkara baharu, tetapi ianya sudah berlarutan sejak belasan tahun yang lalu. Pelancong luar negara yang pernah berkunjung ke Semporna turut berkongsikan pengalaman ngeri mereka mengenai Semporna sebagai daerah yang paling kotor dan tidak patut dikunjungi melalui blog dan laman web pelancongan lainnya.

Catherine juga turut mencadangkan agar Shafie Apdal selaku ahli Parlimen dan ADUN di Semporna sepatutnya meletak jawatan kerana telah gagal menyelesaikan masalah sampah meskipun telah menjadi Ahli Parlimen Kerajaan di Semporna sejak 1995 lagi…

Dalam pada itu seorang aktivis alam sekitar yang hanya dikenali sebagai Peter turut berkongsikan kenyataan senada dengan Catherine bahawa, Shafie Apdal telah gagal sepenuhnya sebagai Ahli Parlimen Semporna di dalam menyelesaikan masalah sampah di Semporna dan sebaiknya Shafie meletak jawatan sahaja sebagai sebagai wakil rakyat kerana masalah tersebut.

Peter berkata “selepas imej Semporna dimalukan di seluruh dunia, dengan tersebarnya Video “Biggest Shithole In Malaysia” oleh pelancong luar negara tersebut serta mula tular barulah Shafie dilihat cuba bertindak. Diakui ketika ini pekan Semporna dilihat agak sedikit bersih selepas kempen kebersihan diadakan, tetapi masalah sampah sarap di kampung-kampung atas air masih ada dan harus diingat imej Semporna telah tercalar dengan teruk di seluruh dunia.

“Cuba bayangkan kalau pelancong tersebut tidak memuat naik Video tersebut, saya pasti tindakan mengutip sampah masih belum dilakukan.

“Ini belum mengambil kira masalah yang melibatkan pembuangan najis yang tidak teratur penduduk kampung yang kebanyakan mereka tinggal di atas air”.

“Harus diingat, Shafie pernah menjawat jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) yang memiliki peruntukan berbillion ringgit setahun, sepatutnya masalah ini telah diselesaikan lebih awal oleh Shafie dan bukannya selepas dimalukan oleh pelancong luar negara tersebut baru”, tambah Peter.