Amat Memalukan Sabah!! Aktiviti Bom Ikan Di Semporna Punca Pelancong China Maut

Amat Memalukan Sabah!! Aktiviti Bom Ikan Di Semporna Punca Pelancong China Maut

0
SHARE

SEMPORNA, SABAH – “Apa mahu jadi dengan Semporna, Ahli Parlimen di sana adalah Datuk Seri Shafie Apdal”, ini adalah antara ungkapan dengan nada kebimbangan yang disuarakan oleh sebilangan rakyat Sabah susulan insiden kematian tiga penyelam termasuk dua pelancong warga China maut dipercayai akibat terkena bom ikan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Sabah Datuk Christina Liew dalam satu kenyataan berkata, “Dua pelancong warga China dan seorang jurulatih selaman tempatan maut sewaktu menyelam akibat terkena bom ikan di Semporna, semalam (petang Jumaat) dan telah memaklumkan kepada Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu berhubung kejadian ini.”

Datuk Christina Liew…

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah turut mengesahkan insiden tersebut berkaitan dengan aktiviti bom ikan sehingga mengakibatkan kematian ketiga-tiga mangsa. “Kematian melibatkan tiga lelaki iaitu seorang penyelam profesional warga tempatan dan dua lagi yang merupakan pelancong asing”.

Datuk Mohamaddin Ketapi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya turut mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan aktiviti pengeboman ikan tersebut dan mahu pihak yang bersalah dikenakan hukuman setimpal serta aktiviti tersebut perlu dihentikan segera sebelum banyak lagi nyawa terkorban.

Datuk Mohamaddin Ketapi…

Persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat kini ialah adakah pengeboman ikan ini didalangi oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)?, memandangkan Semporna kini dikatakan dihuni oleh ramai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

“Sekali lagi seluruh dunia akan mengenali Semporna di mana disebabkan bom ikan pelancong telah maut, ini amat memalukan, harus diingat salah satu punca pendapatan terbesar negeri Sabah ketika ini adalah aktiviti pelancongan,” tambah berberapa rakyat Sabah yang ditemui.

Sebelum ini Semporna turut dimalukan dan dikenali di seluruh dunia sebagai daerah terkotor di Malaysia, susulan seorang pelancong luar negara memuat naik Video di Youtube yang bertajuk ‘Biggest Shithole In Malaysia’ yang menggelarkan Semporna sebagai sebuah pekan paling kotor di Malaysia serta dihuni oleh ramai individu yang tidak mempunyai dokumen yang sah (PATI).

Untuk rekod, Shafie Adpal telah menjadi ahli Parlimen Semporna sejak tahun 1995 lagi dan pernah menjadi Menteri penuh Persekutuan di beberapa Kementerian Persekutuan.

Shafie Apdal…

Namun sehingga kini, jika dilihat dari sudut pembangunan dan tebaran pendapatan Semporna masih dikategorikan sebagai daerah termundur malahan masih ramai rakyatnya juga yang masih dikategorikan sebagai miskin tegar.

Berikut adalah komen daripada warganet berkaitan insiden yang amat memalukan ini sehingga menyebabkan korban pelancong asing;