Amat Memalukan!! Shafie Apdal Patut Letak Jawatan Dan Perlu Belajar Lagi Tadbir...

Amat Memalukan!! Shafie Apdal Patut Letak Jawatan Dan Perlu Belajar Lagi Tadbir Negeri Sabah, Lantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Tidak Sah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Cukup memalukan dan Shafie Apdal sepatutnya meletak jawatan sebagai Ketua Menteri kerana telah gagal mentadbir negeri Sabah susulan pelantikan Amarjit Singh sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah yang tidak sah oleh Mahkamah Tinggi kota Kinabalu, hari ini.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini, 09 Okt 2019 mengisytiharkan pelantikan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Datuk Amarjit Singh sebagai tidak sah.

Sebelum ini, Datuk Yong Teck Lee dan ahli perniagaan dari Tawau, Pang Thou Chung telah memfailkan dan memohon pengisytiharan mahkamah bahawa pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Amarjit Singh oleh Shafie Apdal adalah menyalahi undang-undang dan ianya melanggar Enakmen Bekalan Air Sabah 2003.

Yong Teck Lee bersama, penyokong dan panel peguam beliau meraikan kemenangan diluar mahkamah…

Dalam saman yang difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Mac 2019 yang lalu, Yong dan ahli perniagaan dari Tawau, Pang Thou Chung juga telah memohon pengisytiharan bahawa Seksyen 3 Enakmen itu menyatakan hanya anggota perkhidmatan awam yang layak untuk jawatan kanan.

Mereka turut mendakwa tindakan melantik Amarjit pada Ogos 2018 yang lalu telah menjejaskan bekalan air di Sabah dalam jangka masa pendek, sederhana dan jangka masa panjang.

Sebagai contoh adalah tindakan membatalkan dua projek bekalan air penting di Tawau dan Lahad Datu secara mendadak ketika Amarjit mengambil alih tugas Pengarah Jabatan Air Sabah.

Foto dipetik daripada FMT Yong Teck Lee ketika memfailkan kes perlantikan Amarjit sebagai salah dan tidak sah…

Mereka turut mendakwa lagi bahawa Amarjit tidak pernah menjadi anggota perkhidmatan awam negeri dan tidak pernah menjalani latihan kecekapan, penilaian kecekapan, pembangunan profesional dan peperiksaan kerajaan seperti yang diperlukan untuk dilantik ke jawatan kanan tersebut.

Sebaliknya, mereka percaya bahawa pelantikan Amarjit sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri adalah kerana dia merupakan ahli Parti Warisan Sabah iaitu parti yang memerintah negeri Sabah ketika ini.

Dalam pada itu, beberapa orang individu yang ditemui yang enggan namanya disiarkan ketika ditanya susulan kes terbaru ini, mereka menyatakan keputusan Mahkamah hari ini jelas membuktikan bahawa Shafie Apdal telah mentadbir negeri Sabah dengan cara yang salah dan keputusan Mahkamah hari ini cukup memalukan.

Shafie patut meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah!!!

Sebelum ini Shafie turut mendapat kritikan alabila melantik Dato’ Peter Anthony sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah yang mengurus tadbir projek pembangunan negeri Sabah sedangkan umum mengetahui Peter sebelum ini adalah seorang kontraktor dan pernah direman oleh pihak SPRM susulan kes kehilangan wang deposit RISDA sebanyak 15.5 juta bersama Peguam Michael Ubu dan juga peruntukan luar bandar sebanyak 1.5 billion.

Sumber Foto; Blog Sensasi Media…