Anak Mat Sabu Ditahan Polis Di ‘Clubbing’ Kerana Positif Dadah

Anak Mat Sabu Ditahan Polis Di ‘Clubbing’ Kerana Positif Dadah

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Polis menahan anak kepada Menteri Pertahanan Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Mat Sabu’ dalam satu operasi di sebuah pusat hiburan ataupun “clubbing” di Jalan Ampang, Kuala Lumpur jam 12.30 tengah malam tadi selepas didapati positif dadah.

Menurut sumber daripada Jabatan Narkotik Balai Polis Dang Wangi, Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31, disahkan positif ganja selepas ditahan di sebuah premis hiburan kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Mat Sabu’ …

Seramai 101 individu telah diperiksa membabitkan 55 wanita dan 46 lelaki. Hasil pemeriksaan itu, dua lelaki berusia 33 dan 31 tahun telah ditahan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob mengesahkan penahanan tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.