Analisis Politik PRU14; PAKartun Takde HARAPAN!!

Analisis Politik PRU14; PAKartun Takde HARAPAN!!

0
SHARE

KUALA LUMPUR – “Ada satu cerita, Pakatan huru-hara, ramai ahli pakat lari, pemimpinnya syok sendiri, semua ada agenda, pakat hanya berlakon saja, dulu maki hamun, kini ludah jilat semula.

“PRU datang lagi, berebut ‘kerusi’…Aik???!!! Nak jadi PM lagi kaa…??!! Ha..!!Ha..!!Ha..!! Dulu depa yang gelar, Maha-Firaun…..!!! Ha..!!Ha..!!Ha..!! Dulu depa yang gelar, Maha-Firaun…..!!!”

Demikian jenaka di laman Youtube berjudul ‘PAKartun takde HARAPAN!!’ yang dihidangkan cukup ringkas tetapi mendalam maknanya. Video berkenaan menggunakan lagu yang popular melalui kartun Doraemon.

Jika gabungan pembangkang PKR menonton video berkenaan, pasti rasa malu. Memang patut malu kerana PKR yang pada awalnya berjuang untuk keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini ‘menjilat ludah’ dan sanggup menyembah semula Mahafiraun (gelaran untuk Dr. Mahathir Mohamad).

Kreatif siapa yang menghasilkan video berkenaan. Bolehlah jadi ‘bahan’ kempen Barisan Nasional (BN) untuk menghentam gabungan pembangkang PKR yang kini mengkhianati sumpah janji mereka ketika era reformasi 1998.

Inilah hipokrasi terbesar mereka menjelang pilihan raya umum ke-14. Sebenarnya banyak lagi hipokrasi mereka yang menjengkelkan. Pertamanya sudah pasti Malaysian Malaysia.

Ini satu perjuangan sejak sekian lama DAP. Konsep ini amat bahaya dan boleh menjejaskan hubungan antara kaum. Tetapi, mana pergi Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dahulunya menolak konsep berkenaan dan memperjuangkan ‘Malay First’. Sudah tidak ada telurkah? Atau takut hilang pengundi di Pagoh (kalau masih mahu mempertahankan kerusi Parlimen itu). Jawablah Tan Sri. Jangan senyap.

Selain itu, laungan UNDUR MAHATHIR!!! Tahun 1998 bergema suara reformasi terutama di Masjid Negara. Anwar memekik melolong depan penyokongnya mendesak Mahathir letak jawatan. Namun, menjelang pilihan raya umum ke-14, boleh pula angkat ‘mahafiraun’ itu sebagai calon Perdana Menteri. Ini amat, amat, amat, meloyakan.

1MDB. Umum mengetahui Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dianggotai oleh Dr. Tan Seng Giaw selaku Naib Pengerusi PAC termasuk Tony Pua. Mereka ini siapa? Ahli Parlimen pembangkang. Seng Giaw sendiri mengesahkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat secara langsung dalam kelemahan pengurusan 1MDB. Pua turut menandatangani laporan penuh PAC itu tetapi bertindak ‘munafik’ apabila menyerang kembali 1MDB. Lakonan apakah ini?

Mereka yang tiada pendirian ini banyak di dalam gabungan pembangkang PKR. Individu sepeti mereka inikah yang mahu kita angkat sebagai pemimpin negara? Minta dijauhkanlah kerana ‘mudaratnya’ boleh kita bayangkan dari awal.

Tulisan di atas adalah pandangan peribadi pengirim/pembaca dan tidak mencerminkan langsung pandangan daripada pihak Malaysia Kini 2.0…