Wednesday, January 16, 2019
Angin Kencang Timur Laut Sehingga Khamis Ini – MET

Angin Kencang Timur Laut Sehingga Khamis Ini – MET

0
SHARE
Gambar hanya sekadar hiasan...

KUALA LUMPUR РAngin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60km sejam dan laut bergelora serta ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (m) dijangka melanda kawasan  perairan  utara Condore, utara Reef North dan utara Palawan sehingga Khamis, 3 Januari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia malam ini, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)…

Sementara itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50km sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5m dijangka melanda kawasan perairan tenggara Samui, Tioman, selatan Condore, Bunguran, selatan Reef North, Layang-Layang, Reef South, selatan Palawan dan Labuan sehingga Khamis ini.Keadaan itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, kata kenyataan itu.

– BERNAMA