Angkara Syabu, Seorang Lelaki Maut Ditembak

Angkara Syabu, Seorang Lelaki Maut Ditembak

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

INDONESIA – Lelaki warga Malaysia maut ditembak ketika cuba melarikan diri ketika diberkas anggota Badan Narkotika Nasional Propinsi (BNNP) Kalimantan Barat, Indonesia dalam operasi khas menahan pengedar dadah di Entikong, Sabtu lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua BNNP Kalimantan Barat, Brigedir Jeneral Nasrullah berkata, suspek memandu pacuan empat roda bersendirian dengan membawa tiga kilogram syabu menuju ke Pontianak, melalui sempadan Entikong.

Menurutnya, suspek dikenali sebagai Chung Soon Teck, 48, berasal dari Kampung Siburan, Jalan Kuching-Serian, Sarawak.

“Sebaik melepasi sempadan Entikong, pacuan empat roda suspek ditahan anggota BNNP Kalimantan Barat.

“Suspek bersama bahan bukti kemudian dibawa ke Pontianak. Namun ketika dalam perjalanan berlaku pergelutan antara suspek yang cuba melarikan diri.

“Anggota penguatkuasa terpaksa melepaskan tembakan dan suspek disahkan mati serta merta,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Rumah Sakit Dr Soedarso untuk bedah siasat dan tindakan lanjut.

Nasrullah berkata, turut ditahan tiga rakan suspek warga Indonesia dalam tangkapan berasingan.