Apa Mahu Takut Saya Orang Warisan, Saya Orang Shafie?

Apa Mahu Takut Saya Orang Warisan, Saya Orang Shafie?

0
SHARE

SEPANGGAR, SABAH – Selepas insiden kebakaran berterusan melibatkan kampung-kampung setinggan di seluruh Sabah, hari ini rakyat Sabah dikejutkan sekali lagi dengan pencerobohan tanah oleh Ketua Cawangan Parti Warisan Sabah dan penyokong kuat Dato’ Azis Jamman Ahli Parlimen Parti Warisan Sepanggar.

Selain video yang turut tular di laman media sosial Facebook dan sebaran aplikasi WhatsApp hari ini adalah sekeping surat sokongan yang telah ditandatangani oleh Azis Jamman kepada Ketua Pengarah Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah merujuk kepada permohonan tanah oleh penama Arshad Ghani.

Dalam pada itu, beberapa orang penduduk asal Likas juga turut membantah pencerobohan tanah oleh Ketua Cawangan Parti Warisan terbabit sambil menyifatkan ini tidak adil bagi mereka.

Jelas kelihatan bendera Parti Warisan Sabah diletakkan di pondok tanah yang diratakan..Turut kelihatan Arshad Ghani (dipercayai individu yang memakai but panjang berwarna kuning)…

“Kebanyakan kami anak jati Likas terpaksa membeli rumah sehingga berjumlah ratusan ribu ringgit, mereka dengan mudah meratakan tanah untuk lot rumah hanya kerana mereka ahli-ahli Parti Warisan Sabah, adakah ini adil untuk kami?, inikah yang mereka laungkan ‘SABAH KITA PUNYA’, seolah-olah semua tanah di Sabah adalah milik mereka.”

Turut berkongsi nada serupa adalah beberapa orang warganet dan ada di antaranya menyatakan seringkali berhadapan dengan individu yang melanggar undang-undang namun mereka dengan bongkak menyatakan “apa mahu takut? kami orang Shafie Apdal”.

Maklumat terkini yang diperolehi penguatkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah turun bertemu dengan penama Arshad Ghani dan tidak diketahui sama ada kerja-kerja merata tanah telah dihentikan sepenuhnya ataupun sebaliknya.

Berikut adalah komen daripada warganet yang marah dengan pencerobohan tanah terbabit.