Apa Sumbangan Loretto Padua, Dan Isteri Shafie Apdal Dapat Pingat PGDK (...

Apa Sumbangan Loretto Padua, Dan Isteri Shafie Apdal Dapat Pingat PGDK ( Datuk), Telan La Semuanya – Rakyat Sabah Ditemui Marah?

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – “Apa jasa Loretto Padua dan isteri Shafie Apdal sehingga dianugerahkan pingat PGDK yang membawa gelaran Datuk?”. Ini adalah luahan bernada marah oleh sebilangan besar rakyat Sabah yang ditemui bagi menilai reaksi pemberian anugerah tersebut sempena sambutan Hari Jadi Tuan Yang Dipertua Negeri (TYT) Sabah di Istana negeri Sabah di pada 05 Okt 2019.

Mereka berkata lagi “janganlah hanya disebabkan termakan budi kerana mewakili Shafie sebagai peguam bagi kes rasuah membabitkan RM1.5 billion, Loretto dianugerahkan pingat PGDK yang membawa gelaran ‘Datuk’ seolah-olah anugerah daripada Istana Negeri Sabah kini tidak mempunyai harga dan nilai.”

Loretto S Padua Jr.

“Kami mendapat maklumat meskipun Loretto JR atau Damien S. Padua JR adalah warganegara Malaysia tapi asal ayah beliau adalah dari Filipina, adakah ini juga sebagai penyebab dia diberikan keutamaan oleh Shafie?”

Dalam pada itu, seorang penyokong Warisan yang enggan namanya disiarkan turut mengulas “Shafie secara jelas telah melakukan perkara yang salah di dalam memberikan anugerah pingat kepada Loretto serta beberapa orang pemimpin Warisan termasuk Ismail Bungsu.

“Pada tahun 2018, Loretto diberikan pingat ASDK (Ahli Setia Darjah Kinabalu) dan pada tahun ini (2019) diberikan pula pingat PGDK, kenapa terdesak sangat berikan pingat, rakyat akan menilai dan mungkin melabelkan Shafie dan pemimpin parti Warisan sebagai mereka yang gila kuasa dan pangkat.”

“Sebab itu saya melihat Parti Warisan semakin hilang sokongan daripada rakyat Sabah disebabkan tindak tanduk Shafie sendiri. Sepatutnya semua pemimpin Warisan mencontohi barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) di semenanjung Malaysia yang tidak mahu menerima apa-apa anugerah daripada pihak Istana kerana lebih mengutamakan berkhidmat untuk rakyat,” tambah beliau lagi.

Shafie turut mendapat kecaman oleh sebilangan besar rakyat Sabah apabila memberikan pingat PGDK kepada isteri beliau sendiri iaitu Datin Seri Shuryani binti Shuaib dan Amarjit Singh seorang jurutera yang juga ahli parti Warisan Sabah dan turut pernah dikenakan tahanan reman oleh SPRM berkaitan kes rasuah membabitkan peruntukan 1.5 billion untuk pembangunan luar bandar Sabah bersama Shafie Apdal pada tahun 2017 yang lalu.

Mereka mempersoalkan apakah jasa isteri Shafie kepada rakyat negeri Sabah termasuk Amarjit?

Datin Seri Shuryani binti Shuaib (Isteri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal)…

“Kami cabar Shafie senaraikan jasa isteri beliau kepada rakyat dan negeri Sabah termasuk Amarjit, ada ramai lagi penjawat awam yang hampir pencen melibatkan kakitangan Negeri dan Persekutuan yang telah lama berkhidmat, kenapa anugerah ini tidak diberikan kepada mereka, apa jasa Amarjit?. Kita semua tahu beliau baru sahaja dilantik menjadi Pengarah Jabatan Air Sabah tidak masuk akal terus dianugerahkan pingat PGDK yang membawa gelaran Datuk”.

“Shafie secara jelas telah mengamalkan amalan ‘kronisme’ yang jijik dan telah hilang integriti sebagai Ketua Menteri Sabah. Inilah akibatnya kalau jawatan Ketua Menteri pun diambil melalui jalan yang salah dan berharap agar Mahkamah Rayuan yang akan bersidang bagi menentukan kesahan Ketua Menteri akan membuat keputusan Shafie adalah bukan Ketua Menteri yang sah”.

“Telan la semua jawatan dan projek di Sabah kerana sebagai rakyat Sabah kami bersumpah akan memastikan Parti Warisan Sabah akan berkubur sepenuhnya pada Pilihan Raya Utama (PRU) yang akan datang ini,” jelas mereka lagi.

Berikut merupakan komen beberapa warganet yang jelas begitu marah berhubung isu ini;