Aplikasi ‘Absher’ Capai Hampir Lebih Sejuta Pengguna Bagi Jejaki Lokasi Isteri

Aplikasi ‘Absher’ Capai Hampir Lebih Sejuta Pengguna Bagi Jejaki Lokasi Isteri

0
SHARE
Aplikasi pintar ABSHER...

RIYADH, ARAB SAUDI – Aplikasi pintar ‘Absher’ dilaporkan mencatatkan hampir lebih sejuta pengguna menggunakan aplikasi ini bagi menjejaki lokasi isteri mereka pada setiap masa.

Aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan Arab Saudi tersebut boleh dimuat turun melalui  Apple iTunes dan Google Play Store di mana aplikasi ini mampu membantu orang lelaki dalam sesebuah keluarga menetapkan bila dan bagaimana seorang gadis atau wanita bawah jagaan mereka bergerak di luar rumah.

Sekiranya ada pergerakan mencurigakan, makluman akan disampaikan kepada keluarga wanita itu. Di bawah undang-undang Arab Saudi, lelaki yang menjadi penjaga sah kepada golongan wanita boleh mengehadkan pergerakan mereka termasuk menggunakan jalan raya dan lapangan terbang tertentu sahaja.

Sebilangan aktivis dan badan hak asasi manusia Barat bagaimanapun melihat aplikasi itu menindas, melanggar hak asasi serta diskriminasi terhadap golongan wanita.

Mereka turut membidas Apple dan Google kerana membenarkan aplikasi itu dimuat turun melalui perkhidmatan yang mereka sediakan kepada pengguna alat telekomunikasi.