APM Sabah Sasar 90,000 Rekrut Baharu Tahun Ini

APM Sabah Sasar 90,000 Rekrut Baharu Tahun Ini

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Cawangan Sabah menyasarkan untuk merekrut 90,000 anggota baharu tahun ini.

Pengarah APM Sabah, Kolonel Pertahanan Awam,  Kamal Mokhtar,  berkata sejak 10 tahun lalu,  APM Sabah mempunyai 160,000 anggota.

“Kami mempunyai 25 pejabat APM di Sabah ketika ini dan dalam perancangan kami,  pejabat baharu juga akan diwujudkan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Latihan Seni Pertahanan Diri Tbaton Siri 3/2018 dan Pemakaian Pangkat Pegawai Pasukan dan Pegawai Tidak Bertuliah Zon Sandakan di Kem PLKN Bagai Budi di sini,  Selasa lepas.

Pada majlis itu, seramai 29 anggota APM menerima kenaikan pangkat masing-masing.

Mengenai kursus TBaton itu,  Kamal berkata,  ia dianjurkan, antara lain, untuk mempersiapkan anggota-anggota APM yang bertugas khususnya dalam kawasan Esszone dalam seni mempertahankan diri.

“Seramai 100 anggota APM ditugaskan di 10 kawasan di bawah Esszone setiap hari. Antara lain, mereka menjadi mata dan telinga dari aspek keselamatan,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Penolong Pengarah Dasar dan Penyelarasan Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia,  Leftenan Kolonel Pertahanan Awam,  Sharudin Md Zain; Komanden PLKN Kem Bagai Budi Sandakan,  Leftenan Komander Ezat Mohd Azan Abdul Rahman; Leftenan Bersekutu Pertahanan Awam, Datuk Zaini Abdullah dan ASP Jinggo Anak Punan,  mewakili Ketua Polis Daerah Sandakan.