Arab Saudi Mahu Kuasa Nuklear Untuk Pelbagaikan Sumber Tenaga

Arab Saudi Mahu Kuasa Nuklear Untuk Pelbagaikan Sumber Tenaga

0
SHARE

ABU DHABI, ARAB SAUDI – Menteri Tenaga Arab Saudi mahukan pengayaan uranium bagi program nuklear di negara tersebut. Hal ini menyebabkan rundingan perjanjian atom dengan Washington dan peranan syarikat Amerika Syarikat (AS) menjadi sulit.

Putera Mahkota Mohammed bin Salman dipetik Reuters berkata bahawa Arab Saudi mahu membangunkan senjata nuklear, jika seteru serantanya Iran melakukan perkara sama.

Pengeksport minyak terbesar dunia itu mahu menggunakan kuasa nuklear untuk mempelbagaikan sumber tenaganya, namun pengayaan akan membuka kemungkinan penggunaan uranium untuk ketenteraan.

“Kami cuba mendapatkannya secara berhati-hati. Kami sedang melakukan ujikaji dengan dua reaktor nuklear,” kata Putera Abdulaziz bin Salman merujuk kepada tender dua reaktor pertamanya.

Negara itu mahu meneruskan program nuklear penuh termasuk pengeluaran dan pengayaan uranium untuk bahan atom, katanya dalam persidangan tenaga di Abu Dhabi.