Australia Timbang Cadangan Pindah Kedutaannya Di Israel Ke Baitulmaqdis

Australia Timbang Cadangan Pindah Kedutaannya Di Israel Ke Baitulmaqdis

0
SHARE
Scott Morrison...

SYDNEY,AUSTRALIA – Australia sedia menimbang cadangan memindahkan kedutaannya di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Scott Morrison hari ini.

AFP melaporkan bahawa Morrison berkata dalam satu sidang media, bahawa beliau bersikap terbuka dalam menimbangkan cadangan mengiktiraf secara rasmi Baitumaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan negaranya ke Baitumaqdis yang sejak sekian lama menjadi perebutan antara Palestin dan rejim Israel.

Kekalahan dalam pilihan raya berkenaan bererti Morrison bakal kehilangan satu kerusi majoriti di Parlimen.

“Scott Morrison amat terdesak untuk menyelamatkan kerjayanya, beliau sanggup berkata apa sahaja demi memenangi undi walaupun ia bermakna mengorbankan kepentingan Australia,” kata jurucakap dasar asing Parti Buruh, Penny Wong.

Morrison mengambil alih kuasa bulan lalu selepas penyingkiran perdana menteri terdahulu, Malcolm Turnbull yang menganggap keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memindahkan kedutaan negaranya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis sebagai tidak membantu ke arah proses pendamaian.

Sementara itu, Morrison menyangkal dakwaan bahawa keputusannya untuk menimbangkan cadangan mengikut jejak langkah Trump adalah kerana menerima tekanan pihak AS.

“Saya membuat keputusan ini tanpa ada kaitan dengan AS, perbincangan dengan pegawai lain juga tidak menyebut tentang AS,” katanya.

Terdahulu, tindakan Trump memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis pada 14 Mei lalu turut diikuti oleh Guatemala dan Paraguay.