Banduan Di Itali Berhubung Dengan Keluarga Gunakan Panggilan Video ‘Skype’

Banduan Di Itali Berhubung Dengan Keluarga Gunakan Panggilan Video ‘Skype’

0
SHARE
Ahli keluarga berhubung dengan banduan di Itali menerusi panggilan video 'Skype'...Sumber Foto AFP

ROME, ITALI – Kementerian Itali membenarkan banduan di negara mereka untuk berhubung dengan ahli keluarga menerusi panggilan video Skype maksimum enam kali setiap bulan.

“Lebih mudah untuk banduan berhubung dengan anak, ibu bapa atau pasangan, ketika ditahan dan pertemuan di penjara akan dihadkan,” menurut kenyataan kementerian itu.

Memetik laporan AFP, semua panggilan akan dipantau pegawai penjara, mereka akan melihat sendiri apa yang dilihat banduan dan boleh memotong panggilan serta merta, jika banduan atau ahli keluarga mereka bertindak di luar kebenaran, katanya.

Kementerian itu berkata, panggilan Skype bukan sahaja tertakluk kepada pemeriksaan sama dengan lawatan biasa. Pengguna perlu menyediakan alamat dan sijil pengesahan bahawa akaun itu milik mereka.

Peluang menggunakan Skype sedang diperluaskan ke seluruh negara itu, selepas beberapa ujian. Difahamkan, ratusan penjara di Amerika Syarikat (AS) sudah melaksanakan program lawatan video.