Bapa Positif Dadah Gigit Kepala Anak Hingga Lebam

Bapa Positif Dadah Gigit Kepala Anak Hingga Lebam

0
SHARE

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan polis malam tadi selepas didakwa menggigit kepala bayi perempuannya berusia 20 hari di sebuah rumah di Bumbung Lima, Kepala Batas di sini pada Rabu lalu.

Memetik laporan Kosmo Online, suspek yang merupakan bapa mangsa ditahan kira-kira pukul 7.50 malam dalam ‘Ops Cantas’ di perkarangan Hospital Kepala Batas di sini.

Noorzainy berkata, penangkapan itu dibuat susulan laporan oleh isterinya yang mendakwa suspek telah menggigit kepala anak mereka itu sehingga meninggalkan kesan gigitan selain didakwa sering melambung dan menggantung bayi tersebut di buaian sehingga jatuh ke lantai.

Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Noorzainy berkata, selepas beberapa hari kejadian itu, kesan lebam akibat gigitan tersebut telah hilang apabila dia turut dirawat dan diperiksa di hospital.