Bebaskan MBM Daripada Belitan Politik, Presiden Perlu Letak Jawatan – Shazni Munir

Bebaskan MBM Daripada Belitan Politik, Presiden Perlu Letak Jawatan – Shazni Munir

0
SHARE
SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN...

BEBASKAN MBM DARIPADA BELITAN PARTI POLITIK, PRESIDEN PERLU LETAK JAWATAN

1) Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam sejarah yang panjang merupakan gabungan belia yang dihormati kawan dan lawan. Penghormatan yang diraih gabungan ini tidak lain adalah sikap tidak berpihak yang dimiliki selain bebas daripada tunggangan mana-mana parti politik.

2) Kecenderungan MBM dijadikan tapak untuk naik sebagai pimpinan Pemuda UMNO sebelum ini bukanlah suatu yang rahsia, malah terbukti apabila ramai pimpinan kanan MBM yang menawarkan diri bertanding dalam pemilihan Pemuda UMNO yang lalu. Keadaan ini tidak patut berlaku dan jelas telah mengheret MBM ke ruang partisan.

3) Keadaan yang sedia rosak menjadi semakin parah apabila Sdr. Mu’ammar Ghadafi Jamal, Presiden MBM secara terbuka telah berkempen untuk memenangkan calon UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU yang lepas. Hal ini jelas telah mencarik sikap tidak berpihak MBM dan beliau selaku Presiden perlu mengambil langkah drastik untuk mengembalikan penghormatan awam kepada MBM.

4) Saranan saya, daripada membiarkan MBM berterusan menjadi tunggangan politik UMNO, Sdr. Mu’ammar Ghadafi dan seluruh kepimpinan MBM yang terlibat dalam kepimpinan Pemuda UMNO di setiap peringkat perlu meletakkan jawatan secara terhormat, sekaligus membebaskan MBM daripada belitan dan kawalan parti politik.

“Menggalas Harapan Perubahan”
#PemudaBekerja

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN,
Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional.