Bekas Calon AMK Maut Ditetak Parang Oleh Sekumpulan Lelaki

Bekas Calon AMK Maut Ditetak Parang Oleh Sekumpulan Lelaki

0
SHARE

SHAH ALAM, SELANGOR – Seorang bekas calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) maut selepas ditetak sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di tingkat bawah Flat PKNS, Jalan Plumbum, Seksyen 7, di sini, petang semalam.

Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 5 petang itu, mangsa M. Thiyaru, 30, diserang oleh tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna perak sebelum mangsa dibawa oleh orang ramai ke Hospital Shah Alam (HSAS).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian muka, belakang kepala, tangan kanan dan kedua-dua kaki dan meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang ketika sedang menerima rawatan.

“Motif serangan masih dalam siasatan dan kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan, K. Vignesh Kumar di talian 03-55202222 atau mana-mana balai bolis berhampiran.