Bekas Penasihat Keselamatan Negara AS Dedah Usaha Trump Rayu Bantuan China Untuk...

Bekas Penasihat Keselamatan Negara AS Dedah Usaha Trump Rayu Bantuan China Untuk Menang Pilihan Raya Tahun Ini

0
SHARE
Presiden AS Donald Trump yang membuat rayuan bantuan terhadap pemimpin China, Xi Jinping untuk memenangi pilihan raya...

WASHINGTON – Bekas penasihat keselamatan negara Amerika Syarikat (AS), John Bolton mendedahkan usaha Presiden Donald Trump yang membuat rayuan bantuan terhadap pemimpin China, Xi Jinping untuk memenangi pilihan raya semula tahun ini.

Bolton melalui satu tulisan bukunya telah mendakwa bahawa fokus Trump untuk memenangi pilihan raya buat kali kedua adalah pemangkin kepada semua dasar asing ciptaannya, dan pembantu kanan itu sering menjadi mangsa pemimpin Republikan lain untuk diperkecilkan.

Dalam satu petikan yang disiarkan The Washington Post, The New York Times dan The Wall Street Journal, Bolton turut mendakwa Trump berulang kali menunjukkan kesediaan untuk mengetepikan pencabulan hak asasi oleh China, termasuk memberitahu Xi bahawa tindakan dikenakan ke atas etnik Islam Uighur adalah perkara sewajarnya dilakukan.

John Bolton…

“Sukar untuk saya kenal pasti keputusan Trump yang tidak dipandu oleh percaturan politik, sepanjang berkhidmat di Rumah Putih,” tulis Bolton yang dipetik AFP mengenai ahli perniagaan bertukar presiden itu.

Trump pada Disember lalu didakwa menggunakan taktik kotor dari Ukraine ke atas saingannya, Joe Biden.

Dalam satu pertemuan penting bersama Xi, Jun tahun lalu, Trump menukar tajuk perbualan kepada pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS), menyebut mengenai keupayaan ekonomi China yang mampu mempengaruhi keputusan, dan merayu bantuan Xi, dedah Bolton lagi.

Bolton juga menulis, Trump menekankan kepentingan petani AS dan bagaimana peningkatan pembelian kacang soya dan gandum dari China boleh memberi kesan kepada keputusan pilihan raya.

“Saya mahu mencetak kata-kata sebenar Trump namun proses penilaian penerbitan oleh kerajaan memutuskan sebaliknya,” kata Bolton, merujuk kepada manuskrip yang disemak agensi AS beberapa bulan lalu.