Bekas Timbalan KM Sabah, Tan Sri Suffian Koroh Meninggal Dunia

Bekas Timbalan KM Sabah, Tan Sri Suffian Koroh Meninggal Dunia

0
SHARE
Tan Sri Suffian Koroh...

KOTA KINABALU, SABAH – Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Suffian Koroh meninggal dunia kira-kira jam 9.20 malam tadi ketika sedang menjalani rawatan di KPJ Hospital, di sini.

Anak saudara Allahyarham, Alfian Koroh, ketika dihubungi Bernama berkata Suffian, 88, dimasukkan ke hospital berkenaan bagi menerima rawatan sejak 21 Okt lalu.

Katanya jenazah akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Taurid Taud, Keningau, selepas solat Zuhur hari ini.

Menurut Alfian jenazah bapa saudaranya itu dibawa ke kediaman Allahyarham di Kampung Nosoob, Penampang, dekat ini malam tadi dan pada 9.15 pagi ini, dibawa ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu untuk dimandikan serta disembahyangkan.

Allahyarham Suffian meninggalkan 11 orang anak.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah pada tahun 1983 di bawah kerajaan parti Berjaya pimpinan Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tan Sri Harris Mohd Salleh.

РBERNAMA