Beli Peralatan Penyelenggaraan Kumbahan, JKR Ucap Terima Kasih Kepada Raymond

Beli Peralatan Penyelenggaraan Kumbahan, JKR Ucap Terima Kasih Kepada Raymond

0
SHARE
Wong (kedua kanan) meninjau dikawasan itu...

SANDAKAN, SABAH – Jabatan Kerja Raya di sini mengucapkan terima kasih kepada Adun Tanjung Papat,  Datuk Seri Raymond Tan Shu Kiah, yang mengeluarkan peruntukan beliau sendiri untuk membeli peralatan bagi penyelenggaraan kumbahan di Loji Kumbahan Berhala Darat, di sini.

Pegawai di Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjung Papat, Wong Chee Kiat, berkata “trash pump” tersebut digunakan untuk mengatasi masalah pembentungan di kawasan perumahan Yii Villa, Sim-Sim Medium Rise Housing dan Sim-Sim Shop House.

Sementara itu,  Loji Kumbahan Berhala Darat juga akan dibaik pulih pada masa akan datang.

Ia bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan penduduk setempat di kawasan berkenaan, di samping menjamin persekitaran yang bersih.

Peringatan mesra kepada penduduk setempat di Sim-Sim Medium Rise Housing agar memberi kerjasama menjaga kebersihan kawasan berkenaan kerana sikap tidak prihatin tersebut menyebabkan saluran kumbahan di sekitar kawasan berkenaan mengalami masalah lurang tersumbat yang serius.

Masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap pembuangan sampah juga amat penting dan ia perlu dipertingkatkan.

“Kami memohon kerjasama daripada penghuni Sim-Sim Medium Rise Housing agar tidak membuang sampah seperti barang-barang keras mahupun cebisan-cebisan kain yang menjadi punca lurang di kawasan tersebut sering tersumbat sejak sekian lama,” kata Jurutera Jabatan Kerja Raya Daerah Sandakan, Baharuhom K. K Sogon.