Belum Berakhir!! Kes Kesahan Ketua Menteri Sabah, Peguam Akan Failkan Pula Rayuan...

Belum Berakhir!! Kes Kesahan Ketua Menteri Sabah, Peguam Akan Failkan Pula Rayuan Ke Mahkamah Persekutuan Dan Pandangan Rakyat Terhadap Kes Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sebahagian besar rakyat Sabah yang ditemui berkata keputusan kes kesahan Ketua Menteri ini masih belum menemui titik noktah susulan Peguam kepada Tan Sri Musa Aman berkata akan memfailkan pula kes ini ke Mahkamah Rayuan Persekutuan.

Beberapa individu yang ditemui bagi mengulas kes ini juga berkata mereka tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang telah menolak rayuan Tan Sri Musa Aman untuk mencabar kesahihan pelantikan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah.

“Keputusan itu sudah dijangka awal kerana kuasa ditangan mereka (Shafie),” begitulah rata-rata pandangan rakyat yang memberi reaksi mengenai keputusan yang dilihat sebagai ‘berat sebelah’ itu.

Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Musa atas alasan teknikal atau bersifat akademik, iaitu Shafie sudah mendapat sokongan daripada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada ketika ini.

Sambil menghormati keputusan perundangan, rakyat mempunyai pandangan khusus bahawa Shafie bukanlah Ketua Menteri hakiki bagi negeri Sabah.

“Isu perlu diberi perhatian ialah apa kuasa Tuan Yang Terutama (TYT) memecat Musa yang pelantikannya telah dimeterai sebagai Ketua Menteri lebih awal di mana ketika itu Musa mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi berdasarkan kuasa majoriti.”

Tan Sri Musa Hj. Aman telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah pada 10 Mei 2018 pada jam 11.05 malam di hadapan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin…

“Bolehkah TYT memecat atau sebaliknya?,” ini lah persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh rakyat sebaik penolakan rayuan itu di Mahkamah Rayuan Kota Kinabalu, di sini, pagi tadi.

Rakyat berpendapat bahawa keputusan yang dilakukan hari ini ‘berat sebelah’, bersifat politik dan satu contoh bahawa pengamal-pengamal perundangan di Sabah gagal menghalusi dan melakukan tafsiran undang-undang tubuh perlembagaan negeri Sabah dengan jujur dan ikhlas.

Jika ini berlaku secara berterusan, ia akan memberi petanda bahawa kualiti perundangan dan pemimpin-pemimpin di Sabah sedang menghala kepada kerosakan yang sangat teruk.

“Kehakiman dan Politik Sabah menghala kepada kehancuran,” jelas rata-rata rakyat Sabah yang diminta untuk memberi pandangan terhadap kes tersebut.

Ini juga memberi gambaran bahawa pemimpin-pemimpin politik khususnya Shafie dan kumpulannya tidak lagi menghormati institusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Secara fizikalnya keputusan hari ini sangat mengecewakan, namun kes Musa dengan Shafie tidak berakhir begitu sahaja.

Peguam Musa, Tengku Fuad Tengku Ahmad akan merujuk kes itu kepada Mahkamah Persekutuan, untuk mendapatkan keadilan bahawa Musa adalah Ketua Menteri Sabah yang sah.

Tengku Fuad Tengku Ahmad…

Rakyat pada hakikinya tidak terikat dengan mana-mana pihak sama ada Musa atau Shafie, apa yang rakyat perlukan ialah pengamalan keadilan serta kehakiman yang sebenar perlu diperkasakan di negeri Sabah.

“Keadilan berdasarkan amalan kehakiman yang tulen, ini yang rakyat Sabah perlukan,” jelas seorang penganalisa politik yang ditemui.

Hasil tinjauan rambang melalui undian yang dibuat oleh beberapa pengendali laman media sosial Facebook juga mendapati majoriti rakyat Sabah berkeinginan agar kes kesahan Ketua Menteri Sabah berpihak kepada Tan Sri Musa Aman.

Mereka mahu supaya rakyat Sabah bersatu dan bangkit pada PRU-15 untuk mengembalikan maruah negeri Sabah yang dinodai oleh pemimpin-pemimpin kerajaan gabungan Shafie yang jelas mempunyai agenda jahat terhadap rakyat di negeri ini.