Berebut Untuk Tarik Kereta, 2 Lelaki Cedera Parah Ditetak

Berebut Untuk Tarik Kereta, 2 Lelaki Cedera Parah Ditetak

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan..

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, dua lelaki tersebut bersama beberapa lagi rakannya berada di bawah blok Taman Cemerlang, Jelutong di sini sebelum didatangi sekumpulan lelaki memakai topeng muka dan menyerang mereka menggunakan parang panjang.

“Rakan-rakan kedua-dua mangsa melarikan diri, namun dua lelaki itu dipercayai tidak sempat lari dan mangsa berusia 19 tahun serta 20-an tersebut masing-masing cedera ditetak di bahagian kepala dan pinggang sebelah kanan, sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,” katanya di sini malam tadi.

Menurutnya, maklumat diperoleh mendedahkan mangsa dan penyerang itu adalah dari kumpulan penarik kereta berbeza dan kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada perebutan untuk menarik sebuah kenderaan terlibat kemalangan di persimpangan lampu isyarat Sungai Pinang di sini.

“Keempat-empat lelaki yang ditahan dikenal pasti dari rakaman kamera litar tertutup di kawasan kejadian dan hasil siasatan juga mendapati kesemua mereka mempunyai rekod jenayah dan dadah,” katanya.

Kesemua suspek kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 148 kanun yang sama kerana melakukan rusuhan.