Beri Kebenaran Jalankan Aktiviti Pertaruhan Haram, Seramai 89 Warga China Didakwa Di...

Beri Kebenaran Jalankan Aktiviti Pertaruhan Haram, Seramai 89 Warga China Didakwa Di Mahkamah Majistret

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Seramai 89 warga China termasuk lelaki dan wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan membenarkan sesebuah tempat menjalankan aktiviti pertaruhan haram.

Daripada jumlah itu, 62 tertuduh mengaku tidak bersalah setelah perbicaraan selesai di tujuh Mahkamah Majistret berasingan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin, Farah Adlini Mohd Din, Noorasyikin Sahat , Namirah Hanum Mohamed Albaki dan Rahni Kartini Abd Rahim.

Manakala 27 lagi tertuduh tidak direkodkan pengakuan kerana ketiadaan jurubahasa Mandarin di hadapan dua Majistret Umzarul An-Nur Umar dan Maizatul Munirah Abdul Rahman.

Mengikut pertuduhan yang telah dibicarakan, mereka masing-masing didakwa telah membenarkan sesebuah tempat iaitu premis di Menara Hai-0, Jalan Bukit Bintang bagi menjalankan aktiviti pertaruhan haram pada pukul 1.30 pagi, 21 Januari lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Pertaruhan 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan maksimum RM200,000 dan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin antara RM2,300 hingga RM11,000 dan menetapkan tarikh 1,4,7,8,12 dan 13 Mac ini sebagai sebutan semua kes.