‘BERSATU’ Bakal Bertapak Di Sabah, Shafie Akan Dilantik Menteri Kanan Persekutuan?

‘BERSATU’ Bakal Bertapak Di Sabah, Shafie Akan Dilantik Menteri Kanan Persekutuan?

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Desas-desus semakin kuat kedengaran dan impian bagi bekas pimpinan UMNO Sabah untuk melihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bakal bertapak di Sabah akan menjadi kenyataan.

Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya, kelmarin dipetik berkata bahawa BERSATU bersedia membuka bahagian parti itu di Sabah tetapi perbincangan masih berlangsung bersama Warisan iaitu sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) yang pernah menolak cadangan itu sebelum ini.

Marzuki Yahya…

Dalam pada itu, Datuk Seri Hajiji Haji Noor turut mengesahkan bahawa BERSATU akan datang ke Sabah.

“Saya memberi jaminan parti itu akan masuk  ke sini (Sabah) tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parti Bersatu Sabah (PBS), di sini pada Rabu.

Datuk Seri Hajiji Hj Noor…

Hajiji turut menambah, beliau sedang berhubung dengan ketua-ketua BERSATU mengenai rancangan kemasukan parti itu ke Sabah.

Berhubung hal ini, Baharuddin seorang penganalisis politik bebas ketika ditanya mengenai perkara ini turut berkata “adalah terlalu sukar untuk “BERSATU” menolak cadangan agar parti tersebut melebarkan sayap ke Sabah, ini disebabkan permintaan agak kuat datangnya daripada akar umbi rakyat di Sabah untuk melihat “BERSATU”  bertapak di Sabah.

Menurut Baharuddin lagi “tidak mustahil Shafie akan dibawa ke Putrajaya untuk dilantik menjadi Menteri Persekutuan, ini memandangkan Shafie mempunyai pengalaman luas sebagai Menteri Persekutuan sebelum ini. Dalam pada masa yang sama dapat memperkukuhkan lagi kekuatan pentadbiran Persekutuan, memandangkan ramai di antara mereka yang menyandang jawatan Menteri Persekutuan PH ketika ini adalah yang kurang bepengalaman”.

Datuk Seri Shafie Apdal…

Untuk rekod sebelum ini, Shafie dilihat oleh sebahagian pemerhati politik telah menimbulkan banyak keputusan yang dianggap sebagai kontroversi, di antaranya apabila melantik Datuk Jaujan Sambakong, bekas setiausaha politik Shafie sendiri yang turut berasal dari Semporna sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerajaan Perumahan Tempatan, Datuk Peter Anthony sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur yang bertanggung jawab didalam pembangunan negeri sedangkan umum mengetahui Peter sebelum ini mempunyai lesen kontraktor kelas ‘A’ dan turut terpalit dengan kes rasuah kehilangan deposit pembelian tanah RISDA sebanyak rm 15.5 juta.

Sumber Foto; Blog Sensasi Media…

Shafie juga dilihat telah silap melantik Amarjit Singah, Pengarah Jabatan Air Sabah daripada kalangan orang awam di mana Amarjit sebelum ini pernah ditahan oleh SPRM kerana disyaki turut terlibat di dalam kes rasuah KKLW, serta perlantikan Presiden MPS yang mempunyai latar belakang sebagai seorang ‘tauke’ perniagaan kayu balak berasal daripada Sarawak.