Biadap!! Ahli Parti Warisan Sabah Hina Tun Mahathir Dengan Gelaran ‘ULAR’

Biadap!! Ahli Parti Warisan Sabah Hina Tun Mahathir Dengan Gelaran ‘ULAR’

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ahli Parti Warisan Sabah yang dikenali sebagai Ismaily Bungsu telah mengelar Tun Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia dengan gelaran ‘Ular’ susulan keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) melebarkan sayap parti tersebut ke Sabah.

Ismaily yang juga Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah turut dikenali sebagai orang yang rapat dengan Datuk Seri Shafie Apdal, sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan Ismaily tersebut adalah satu arahan daripada pimpinan tertinggi Parti Warisan ataupun ianya datangnya dari pandangan peribadi Ismaily sendiri.

Ismaily telah memuat naik artikel dan gambar makian kepada Tun Mahathir tersebut pada 15 feb di laman media sosial Facebook milik Ismaily dan telah tular dikalangan pengamal media sosial Facebook.

Menurut Mohamad Abdullah salah seorang penyokong BERSATU yang berasal dari Kota Kinabalu, “sekalipun Ismaily tidak bersetuju dengan keputusan BERSATU untuk melebarkan sayap parti tersebut ke Sabah, perkataan makian ke atas Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia dengan gelaran ‘Ular’ yang merujuk kepada erti ‘Penipu’ sangat tidak boleh diterima. Justeru satu laporan Polis akan dibuat ke atas Ismaily kerana makian ini jelas satu penghinaan yang amat biadap dan cukup keterlaluan ke atas Tun Mahathir. Pihak Polis seharusnya mengambil tindakan tegas ke atas Ismaily.”

Sebelum ini Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengesahkan akan mula bertapak di Sabah. Keputusan tersebut telah dinyatakan sendiri oleh Tun Dr Maharhir Mohamad selaku Pengerusi BERSATU selepas mempengerusi Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi BERSATU pada 15 Feb 2019 yang lalu.

Dalam pada itu, Baharuddin seorang penganalisis politik bebas ketika diminta mengulas mengenai keengganan Datuk Seri Shafie Apdal menerima kemasukan BERSATU di Sabah menyatakan “Shafie tidak sepatutnya menghalang BERSATU daripada melebarkan sayap parti tersebut ke Sabah memandangkan BERSATU juga adalah sebahagian daripada komponen Pakatan Harapan (PH) sama seperti PKR, DAP dan Amanah”.

“Kalaulah alasan Shafie kononnya BERSATU tidak boleh bertapak di Sabah disebabkan parti tersebut berasal daripada semenanjung, bagaimana pula dengan Parti PKR dan DAP, bukankah kedua-dua parti yang berada dalam kabinet Shafie ketika ini juga turut berasal daripada semenanjung Malaysia?” soal Baharuddin.

Baharuddin berkata lagi “kalaulah alasan kononnya BERSATU kelak akan disertai oleh bekas wakil rakyat UMNO dan BN, harus diingat sebelum ini Shafie sendiri telah menerima hampir 5 orang wakil rakyat UMNO menyertai Parti Warisan Sabah dan Shafie juga telah menyatakan kesediaan Parti Warisan untuk menerima kesemua wakil rakyat UMNO untuk menyertai Parti Warisan Sabah. Justeru adalah amat tidak adil sekiranya wakil rakyat bebas seperti Datuk Seri Hajiji ingin menyertai parti BERSATU kemudian dihalang pula oleh Shafie sendiri”.

“Untuk rekod Datuk Osman Jamal ADUN Balung sebelum ini turut menyertai Parti PKR dan tidak mendapat bantahan sedikit pun daripada Shafie. Oleh itu, agak menghairankan kenapa Shafie beriya-iya menghalang BERSATU untuk menerima Hajiji dan wakil rakyat bebas lainnya sedangkan PKR juga adalah parti yang berasal daripada semenanjung sama seperti DAP dan Amanah” tambah Baharuddin lagi.

Sebelum ini, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, Parti Warisan Sabah hanya memenangi 21 kerusi, kemudian ditambah dengan kerusi PKR dan DAP menjadikan jumlah keseluruhan gabungan Parti Warisan,PKR dan DAP berjumlah 29. BN pula dengan bilangan kerusi 29 dan Parti Star sebanyak 2 kerusi.

Selepas Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri, beberapa orang wakil rakyat UMNO dan UPKO telah berlaku khianat dan melompat parti bagi membolehkan Shafie mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri yang kedua hanya selepas beberapa hari Musa Aman mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah.