Wednesday, January 16, 2019
Bilangan Penduduk China Capai Kemuncak Seramai 1.44 Bilion Pada Tahun 2029

Bilangan Penduduk China Capai Kemuncak Seramai 1.44 Bilion Pada Tahun 2029

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

BEIJING, CHINA – Pada tahun 2029 akan datang bakal menyaksikan bilangan penduduk China mencapai kemuncaknya iaitu dianggarkan seramai 1.44 bilion orang sebelum menyusut, hal ini hasil daripada laporan emerintah seperti yang dilaporkan Perbadanan Penyiaran Bri­tain (BBC) semalam.

Tambahan, laporan oleh Akademi Sains Sosial China (CASS) tersebut mencadangkan agar pemerintah melaksanakan dasar efektif untuk berdepan dengan tenaga buruh yang lebih kecil dan populasi lebih berusia.

“Gabungan kedua-dua perubahan itu boleh menyebabkan impak sosial dan ekonomi yang sangat tidak diingini,” jelas laporan yang diterbitkan dalam Buku Hijau Kependudukan dan Buruh CASS.

Menurut laporan itu lagi, pertumbuhan populasi usia bekerja kini terencat, manakala kadar kelahiran rendah akan membawa le­bih banyak masalah kepada negara.

Menjelang pertengahan abad ini, penduduk China dijangka merosot kepada 1.36 bilion sekali gus menyaksikan kemerosotan tenaga kerja hampir 200 juta orang.Jika kadar kesuburan pula kekal rendah, populasi rakyat negara tembok besar itu boleh menurun serendah 1.17 bilion menjelang tahun 2065.