Bintang Terkenal Bola Keranjang Kobe Bryant Meninggal Dunia

Bintang Terkenal Bola Keranjang Kobe Bryant Meninggal Dunia

0
SHARE

CALIFORNIA – Bintang terkenal bola keranjang Los Angeles Lakers, Kobe Bryant, 41, meninggal dunia dalam satu kemalangan helikopter di Calabasas, pada hari Ahad (26 Jan).

Dalam kemalangan helikopter, anak perempuan Kobe Bryant, Gianna, 13 dan jurulatih besbol, John Altobelli juga dilaporkan mati.

Maklumat terbaru menyatakan bahawa penyiasat persekutuan akan segera memeriksa konfigurasi helikopter yang menyebabkan kemalangan jiwa tersebut.

Memetik laporan nytimes.com, Daryl Osby, ketua bomba Los Angeles County, mengatakan tapak kemalangan itu sukar diakses di mana para petugas pemadam kebakaran terpaksa mendaki ke kawasan itu terlebih dahulu.

Semasa sidang akhbar, Bryant antara dalam senarai penumpang yang menaiki helikopter itu dan turut dikhabarkan ialah terdapat 9 orang terbunuh dalam kemalangan itu, termasuk juruterbang, kata Alex Villanueva, Sheriff County Los Angeles.

Bryant yang dikenali sebagai salah seorang pemain bola keranjang terbaik dalam sejarah NBA (Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan) sangat berpengaruh dalam memberi inspirasi kepada orang dan atlet lain untuk bermain bola keranjang dengan semangat.

Bryant turut terkenal dengan panggilan legenda ‘The Black Mamba’ di mana panggilan ini ternyata mempunyai makna bahawa dia pernah menghadapi ‘sejarah paling gelap’ dalam hidupnya sepanjang hayatnya.

Namun kemudiannya pada tahun 2011, nama samaran Kobe Bryant sebagai  ‘The Black Mamba’ semakin berkembang apabila dia bekerjasama dengan produk sukan terkenal ‘Nike’ dalam iklan.