BJ Habibie, Presiden Ketiga Indonesia Meninggal Dunia

BJ Habibie, Presiden Ketiga Indonesia Meninggal Dunia

0
SHARE
Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie...

JAKARTA, INDONESIA – Mantan Presiden Indonesia, Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie, meninggal dunia di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto, dekat sini, kelmarin.

Allahyarham yang pernah memegang jawatan Presiden Ketiga Indonesia menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya pada usia 83 tahun di Jakarta pada pukul 6.05 petang (waktu tempatan).

BJ Habibie yang juga terkenal dengan gelaran ‘Bapa Teknologi’ menggantikan Presiden Suharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Oktober 1999.

Pada Mac 2018, Allahyarham pernah dirawat di Munich, Jerman akibat pelbagai komplikasi berkaitan jantung, paru-paru dan mengalami “asphyxia”.