Blogger Pro Tun Mahathir Tegur Anwar Ibrahim

Blogger Pro Tun Mahathir Tegur Anwar Ibrahim

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Jika sebelum ini Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid tampil menuduh Tun Daim Zainuddin berada di belakang gerakan untuk menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi pengganti Tun Mahathir Mohamad, kini beliau sekali lagi muncul dengan dakwaan terbarunya.

Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid…

Kali ini beliau menuduh lanjutan khidmat Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerusikan Tun Daim oleh Tun Mahathir merupakan petunjuk bahawa Perdana Menteri enggan berundur daripada jawatannya.

Sekaligus, dakwa beliau, ia juga memperlihatkan keengganan Tun Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.

Apa sudah jadi ni?

Meskipun kita tahu dakwaan Abdullah Sani adalah karut dan tidak benar, mengapakah PKR membiarkan saja beliau terus celupar seolah-olah mahu gabungan Pakatan Harapan musnah begitu saja?

Tidakkah tindakan beliau membuat tuduhan semberono secara terbuka tentang Perdana Menteri merupakan suatu perbuatan tidak manis dari segi keharmonian sesama parti dalam Pakatan Harapan (PH)?

Mengapa Anwar hanya berdiam diri dan tidak pernah memberi sebarang reaksi berkenaan apa yang didakwa oleh Abdullah Sani itu?

Mengapa tidak ditegur, kalau pun tidak mahu sebarang tindakan disiplin dikenakan kepadanya?

Adakah berdiam dirinya Anwar bermakna beliau bersetuju dengan segala dakwaan oleh Abdullah Sani itu?

Apakah ini bermakna Anwar tidak menyayangi lagi Pakatan Harapan?

Bukankah jika Anwar masih menghargai kewujudan Pakatan Harapan, langkah pertama yang mesti diambilnya ialah menegur Abdullah Sani kerana ia merupakan percikan elemen perpecahan yang sengaja diwujudkan?

Kalau keceluparan Abdullah Sani itu pula semata-mata kerana kempen pemilihan parti yang sedang berjalan, adakah ini bermakna Anwar dan Dr. Wan Azizah lebih menyokong Rafizi Ramli berbanding Azmin Ali?

Apa pun hujahnya, Anwar tiada alasan lagi untuk terus berdiam diri dalam perkara ini. Sebagai bakal Perdana Menteri, inilah ujian pertama menguji kewibawaannya.

Artikel ini pada asalnya adalah dipetik daripada ShahbudinHusin.Blog dan tidak mencerminkan langsung pandangan daripada pihak Malaysia Kini 2.0.