Bot Bawa Pelarian Rohingnya Karam, 14 Orang Mati Lemas

Bot Bawa Pelarian Rohingnya Karam, 14 Orang Mati Lemas

0
SHARE
Sumber Foto; Reuters...

COX’S BAZAR – Bot yang membawa pelarian Rohingya karam di selatan perairan Bangladesh dan menyebabkan 14 orang mati lemas manakala 70 mangsa lagi berjaya diselamatkan, awal pagi tadi menurut kata sumber rasmi.

Setakat ini, pihaknya berjaya menemui 14 mayat dan 70 pelarian yang masih hidup, kata komander pengawal pantai, Naim Ul Haq.

Menurut beliau yang dipetik laporan AFP, bot milik pasukan tentera laut dan pengawal pantai masih meneruskan usaha mencari, berhampiran pulau St Martin di Teluk Bengal.

Ramai daripada kalangan 700,000 pelarian Rohingya yang meninggalkan Rakhine susulan operasi tentera di Myanmar pada 2017, cuba meninggalkan kem pelarian di Bangladesh dengan menaiki bot bagi menuju ke Malaysia.