Bot Kastam Kena Tembak Dan Ugutan ‘Tembak’ Ke Atas Aktivis, Netizen Marah...

Bot Kastam Kena Tembak Dan Ugutan ‘Tembak’ Ke Atas Aktivis, Netizen Marah Dan Kecam!!!

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Imej sepucuk pistol beserta beberapa butir peluru yang dimuat turun oleh seorang pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai ‘Win Oh Win Slapshok’ dan kesĀ bot milik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditembak menimbulkan reaksi menakutkan dikalangan rakyat tempatan ketika ini.

Walaupun kejadian ini telah berlaku beberapa hari yang lalu, namun netizen (warganet) masih lagi membincangkan hal ini melalui medium media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Pada malam 20 Disember, rakyat Sabah telah dikejutkan dengan berita sebuah bot milik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditembak sekumpulan penyerang di perairan Semporna.

Beberapa hari yang lalu pula, seorang pelayar media sosial yang dikenali sebagaiĀ ‘Win Oh Win Slapshok’ telah memuat turun amaran kepada seorang aktivis bernama ‘TJ Jamain’ yang berbunyi; Hoi anjing2 ko jangan sembang cakap p.t.i. ko Tanya lah dulu orang drang saitan. Kalau ko kt pilipin lama sda potong kepala ko bagi buwayah makan puki mak kau. Jang coba merenda kan warga pilipin anjing ko. Nanti pilipin marah satu keturunan ko lari bogel saitan bikin panas ko ni aga2 sikit mulut 2 bos ku”.

Pelayar media sosial yang dikenal pasti warga Filipina itu turut memberi amaran dalam hantarannya yang berbunyi; “Mungkin baruh tengok 45 sda terkencing2 hua.. Malaysia kecil bro”. Hantaran itu disertakan dengan imej sepucuk pistol beserta empat butir peluru.

Kebanyakan netizen (warganet) dilihat mengecam tindakan biadap warga Filipina terbabit dan ada di antara mereka menyatakan bahawa warga Filipina bakal pemegang PSS (Pas Sementara Sabah) di Sabah seakan semakin berani dan gila membuat ugutan terhadap rakyat Sabah yang cuba menentang pemberian PSS oleh kerajaan Warisan.

Untuk rekod, aktivis terbabit telah membuat laporan Polis bagi meminta Polis mengambil tindakan yang perlu selepas menerima ugutan tersebut.

Beberapa individu lainnya juga turut mengulas insiden ini dengan berkata, “mereka (PATI) cuba menggunakan undang-undang rimba untuk menyelesaikan masalah mereka di Sabah.”

“Kes tembakan ke atas kapal Kastam, kes penculikan dan insiden Tanduo ini adalah bukti jelas kenapa rakyat Sabah perlu membantah pemberian PSS kepada warga Filipina, tetapi malangnya Datuk Seri Shafie Apdal dilihat sangat sayang kepada warga Filipina, Pemegang Kad Burung-Burung dan Banci di Sabah sehingga taraf kad ini diberikan PSS.”

Mereka berkata lagi “jangan ambil mudah ugutan bunuh melalui Facebook atau WhatsApp, kerana warga Filipina di Sabah mempunyai rekod kes bunuh tertinggi jika dibandingkan dengan warganegara lain di Sabah.”

“Kita dengar dan mendapat maklumat kalau mereka tinggal di selatan Filipina sekiranya mereka mempunyai masalah, cara mereka menyelesaikan masalah adalah berbunuhan antara satu dengan yang lain sehingga melibatkan beberapa keturunan.”

“Kita juga dapat melihat aksi jenayah warga Filipina yang berada di Sabah, kebanyakannya melibatkan kes pembunuhan selain ragut dan jenayah dadah (jenis Syabu). Kanak-kanak menghisap gam berkeliaran di sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan sudah tentu masih segar dalam ingatan kita semua bagaimana anak muda pemandu Grab telah dibunuh dengan kejam oleh warga Filipina yang berada di Sabah.”

“Cuba bayangkan masa depan anak-anak Sabah yang berada di Sabah selepas 5 hingga ke 10 tahun dari sekarang sekiranya PSS diberikan kepada ratusan ribu warga Filipina yang berada di Sabah.”

“Sebab itu kami rakyat Sabah tanpa mengira bangsa dan agama menentang pemberian PSS kepada warga Filipina kerana merasa terancam terhadap mereka.”

“Ini bukan soal bangsa Bajau Filipina, kami tahu dan faham penduduk asal dan warganegara Sabah juga terdiri daripada rakan-rakan kami yang berbangsa Suluk termasuk Bajau, tetapi apa yang kami perjuangkan adalah agar warganegara Filipina (PATI) yang sekian lama telah berada di Sabah perlu dihantar pulang dan suruh mereka buat Passport serta masuk ke Sabah secara sah,” mereka berkata lagi.

Ada juga di antara netizen (warganet) yang menyatakan pendapat “tidak mustahil Shafie Apdal akan membuat pengumuman untuk menangguhkan sementara PSS ini semata-mata untuk meraih undi di Kimanis dan kami berharap agar pengundi di Parlimen Kimanis tidak percaya kepada helah ini.”

“Kita berharap agar pengundi Kimanis dapat menolak calon Parti Warisan sebagai signal (tanda) protes bahawa rakyat Sabah ketika ini amat benci dengan Shafie Apdal dan Parti Warisan kerana parti ini dilihat lebih mesra dan mengutamakan warga Filipina daripada melihat kehendak majoriti orang Sabah.”

Berikut merupakan beberapa lagi luahan warganet yang jelas marah berhubung isu ini;